محي الدين بايڠكن سوكوڠن ڤريكتن ناسيونل ترهادڤ اسماعيل صبري برشرط
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa sokongan Perikatan Nasional terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri baharuru adalah bersyarat.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Muhyddin berkata, jika Ismail Sabri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri, beliau perlu memastikan kabinetnya tidak dianggotai oleh mereka yang ada tuduhan jenayah mahkamah.
Tambah Muhyiddin, Perikatan Nasional sebulat suara bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru membabitkan 50 ahli Dewan Rakyat gabungan tersebut.
Empat ahli parlimen bebas yang mesra PN, katanya, turut berbuat demikian.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.
Tambah Muhyiddin, Perikatan Nasional sebulat suara bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru membabitkan 50 ahli Dewan Rakyat gabungan tersebut.
Empat ahli parlimen bebas yang mesra PN, katanya, turut berbuat demikian.
“Saya juga berunding dengan pimpinan parti GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan PBS (Parti Bersatu Sabah) yang membentuk kerajaan persekutuan sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.
“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat,” katanya.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
WAJIB BACA:
Loading...