Muhyiddin bersama Mahathir? Inilah jawapannya…

“Dalam pada semua ini berlaku, orang-orang Najib dan Zahid memulakan bebrapa siri perbincangan dengan orang-orang Anwar untuk cuba merangka pelan kerjasama antara PKR dan Barisan Nasional”

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين برسام محضير؟ اينله جواڤنڽ…

Terdapat beberapa teori konspirasi yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung keretakkan dalam hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga tercetus Langkah Sheraton dan keruntuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Teori-teori ini agak menarik dan dihuraikan dengan begitu terperinci seolah-olah pihak yang menceritakannya diberitahu oleh Muhyiddin atau Mahathir secara peribadi berhubung rancangan ‘jangka panjang mereka’.




Menurut satu versi, Muhyiddin dan Mahathir berpura-pura bergaduh agar Muhyiddin akan lebih diterima oleh UMNO dan PAS.

Pihak yang menghuraikan versi ini menulis:

“Ketka ini, Muhyiddin, Azmin Ali, Hishamuddin Tun Hussin, Mukhriz dan MP UMNO yang melompat parti ke PPBM sedang bercatur untuk “hijack” UMNO dan menjadikan UMNO sebuah wadah baru untuk mereka selepas PPBM seperti tidak bermaya untuk menghadapi PRU yang akan datang selepas kalah berturut turut dengan teruk sekali setiap kali PRK 

“Kumpulan ini menyedari satu satunya halangan yang ada ialah DS Najib Razak. 

“Atas sebab itu Muhyiddin sengaja membiarkan DS Najib bergelut dengan pertuduhan demi pertuduhan dan tuntutan terbaru dari LHDN yang bertujuan untuk memufliskan DS Najib, sekaligus menamatkan kerier Najib dalam politik.

Pertama sekali, bukan hanya tindakan LHDN mengemukakan tuntutan RM1.7 billion kepada Najib sah dari segi perundangan, dakwaan blogger-blogger dan Laskar Siber pro-Najib kononnya tuntutan itu tidak masuk akal kerana “cukai itu dikenakan ke atas wang ‘derma’ yang telah dipulangkan kepada ‘penderma’ asal iaitu keluarga diraja Arab Saudi” adalah palsu.

Ini merupakan satu spin besar yang dimainkan oleh kem Najib untuk sekian lama, dan perkara ini akan saya huraikan dengan lebih terperinci di lain hari menerusi siri ini yang dijangka akan merangkumi enam bahagian secara keseluruhannya.

Loading...

Begitu juga, dakwaan blogger-blogger dan Laskar Siber yang sama kononnya Mahathir merancang dengan Muhyiddin segala apa yang sedang berlaku adalah mengarut dan direka cipta oleh seorang yang amat saya ‘kenali’.

Saya tidak menafikan bahawa niat asal Muhyiddin adalah untuk mengambil alih UMNO, iaitu langkah terakhirnya yang dicantas secara tiba-tiba pada 2015 apabila Najib bertindak memecatnya dari parti, sekaligus melenyapkan impiannya untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Tetapi dakwaan kononnya Muhyiddin mempengaruhi keputusan Mahkamah (samada secara lansung atau tidak langsung) untuk memastikan Najib didapati bersalah atas tujuh tuduhan jenayah dan dipaksa membayar RM1.7 bilion kepada LHDN adalah palsu belaka.

Ini termasuklah dakwaan kononnya Mahathir dan Muhyiddin bersekongkol untuk merampas UMNO, di mana pihak yang merekacipta dakwaan ini menggunakan alasan “Muhyiddin dan Mahathir berpura-pura bergaduh kerana dengan cara itu, Muhyiddin akan lebih diterima oleh UMNO dan PAS.”

Hakikatnya, dakwaan ini direka untuk memastikan mereka yang membenci Muhyiddin akan turut membenci Mahathir kerana percaya Mahathir dan Muhyididn bersekutu untuk samada “mengambil alih UMNO” atau “memusnahkan UMNO” terus.

Sebaik selepas tamatnya Langkah Sheraton dan tertubuhnya Perikatan Nasional, Team A pimpinan Najib mula mengorak langkah memburuk-burukkan Muhyiddin, baik dari segi cara beliau mengatur barisan Jemaah Menteri mahupun cadangan beliau untuk mendaftarkan Perikatan Nasional.

Sambil itu, blogger-blogger serta Laskar Siber pro-Najib dan pro-Anwar mula memainkan spin kononnya Mahathir dan Muhyiddin bersandiwara agar segala apa yang dilakukan oleh Muhyiddin akan dianggap sebagai “langkah Mahathir” oleh penyokong PKR dan UMNO.

Dalam pada semua ini berlaku, saya difahamkan orang-orang Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan bebrapa siri perbincangan dengan orang-orang Anwar untuk cuba merangka pelan kerjasama antara PKR dan Barisan Nasional.

Inilah sebabnya blogger-blogger dan Laskar Siber pro-Najib jarang sekali menyerang Anwar dari sebelum Langkah Sheraton lagi dan menumpukan perhatian hanya kepada skandal video seks yang kononnya melibatkan Datuk Seri Azmin Ali.

Mereka terus berdiam diri apabila Anwar dituduh mendera Yusoff Rawther secara seksual dan memperlakukannya secara tidak senonoh malah mendakwa Akuan Bersumpah Yusoff tidak semestinya bermakna beliau bercakap benar.

Tetapi dalam kes Azmin, orang kuat Najib sanggup ke luar negara untuk dapatkan laporan forensik untuk cuba sabitkan Azmin sebagai salah seorang ‘pelakon’ dalam klip video yang memaparkan adegan seks di luar tabii.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...