Muhyiddin dapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, majlis perlantikan Muhyiddin akan diadakan esok. Sumber (gambar): Berita Harian

محي الدين داڤت سوكوڠن 114 اهلي ديوان رعيت

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan memperolehi sokongan 114 Ahli Parlimen yang membolehkan beliau diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.

Menurut laporan, perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan ketika ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin di sini, sebentar tadi.

Awal petang tadi (Sabtu, 29hb Febuari 2020) Istana Negara mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Menurut laporan lain, Presiden Bersatu itu dilantik segera bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin.


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan memperolehi sokongan 114 Ahli Parlimen yang membolehkan beliau diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.

Menurut laporan, perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan ketika ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin di sini, sebentar tadi.




“Beliau dapat 114 sokongan (Ahli Parlimen). Ini bukan kerajaan minoriti, tapi majoriti daripada 222 (Ahli Parlimen),” katanya.

Beliau berkata, gabungan ini akan membentuk kerajaan dan PAS akan menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama Muafakat Nasional (MN).

Takiyuddin berkata beliau tidak dapat jelaskan parti mana yang beri sokongan terhadap Muhyiddin.

“Itu (saya) tak dapat jelas yang penting PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebagai ‘anchor’, PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dalam kejayaan 114,” katanya.

Awal petang tadi (Sabtu, 29hb Febuari 2020) Istana Negara mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Menurut laporan lain, Presiden Bersatu itu dilantik segera bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, majlis perlantikan Muhyiddin akan diadakan esok.

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...