Muhyiddin didakwa ingin kembali jadi PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa ingin kembali menjadi Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين ددعوا ايڠين كمبالي جادي ڤي عيم

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat menyesal melepaskan jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya selama 18 bulan dan sedar bahawa Perikatan Nasional kalah dalam dua Pilihan Raya Negeri baru-bari ini disebabkan tindakannya meletakkan jawatan Perdana Menteri

Demikian menurut blogger Shahbudin Husin, yang mendakwa, jika Muhyiddin masih memegang jawatan Perdana Menteri, bukan saja agak mustahil untuk Barisan Nasional menang dengan majoriti dua pertiga di Melaka dan Johor, keputusannya mungkin mengulangi kejayaan dalam PRN Sabah yang lalu.

Shahbudin turut mendakwa Muhyiddin bertemu dengan Tun Dr Mahathir baru-baru ini.

Dakwaan Shahbudin sejajar dengan maklumat yang diterima daripada sumber TTF, yang mendakwa, Muhyiddin ada keinginan untuk kembali sebagai Perdana Menteri dan telah menyuarakan hasratnya kepada Mahathir.

Namun, Shahbudin berkata, Mahathir terkejut dengan hasrat Muhyiddin, kerana menyangka, permintaan Muhyiddin untuk bertemu dengannya sekadar untuk menziarahinya berikutan baru pulih daripada rawatan jantung di IJN atau untuk membincangkan bagaimana parti-parti blok pembangkang boleh bersatu padu melawan BN.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Segala-galanya kini sudah berlalu dan apa yang Mahiaddin nampak sekarang tanpa jawatan Perdana Menteri dalam tangannya, PN juga bakal menerima nasib buruk dalam PRU15 akan datang.

TONTON: ISMAIL SABRI MUNGKIN HADAPI PEMECATAN?

“Menyedari hal itu dan tidak mahu melihat Bersatu dan PN menerima nasib buruk dalam PRU15 akan datang, Mahiaddin kini dilaporkan mula berusaha untuk kembali jadi Perdana Menteri semula,” katanya.

Menurut Shahbudin, meskipun Muhyiddin membayangkan tidak mustahil Perikatan Nasional mampu berkuasa semula, umum lebih memahami difahami hasrat tersebut ingin dicapainya melalui Pilihan Raya Umum ke-15.

Shahbudin turut mendakwa Muhyiddin bertemu dengan Tun Dr Mahathir baru-baru ini.

“Rupa-rupanya, hasrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri itu tidak saja ingin dicapainya melalui kemenangan PN dalam PRU15 akan datang, malah beliau kini difahamkan sudah mula bergerak untuk kembali sebagai ketua kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan.

“Dalam langkah yang dianggap mengejutkan, Mahiaddin difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan tersebut, baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu difahamkan Mahiaddin telah berterus-terang bahawa beliau ingin kembali sebagai Perdana Menteri dan meminta Tun Mahathir menyokongnya bagi sama-sama memastikan Umno dan BN tidak berjaya memenangi PRU15.” Katanya.

Loading...

Dakwaan Shahbudin sejajar dengan maklumat yang diterima daripada sumber TTF, yang mendakwa, Muhyiddin ada keinginan untuk kembali sebagai Perdana Menteri dan telah menyuarakan hasratnya kepada Mahathir.

Namun, Shahbudin berkata, Mahathir terkejut dengan hasrat Muhyiddin, kerana menyangka, permintaan Muhyiddin untuk bertemu dengannya sekadar untuk menziarahinya berikutan baru pulih daripada rawatan jantung di IJN atau untuk membincangkan bagaimana parti-parti blok pembangkang boleh bersatu padu melawan BN.

“Langsung tak terfikir oleh Tun Mahathir, kedatangan Mahiaddin itu adalah untuk menyampaikan hasrat hatinya kembali jadi Perdana Menteri.

“Agaknya kerana terkejut dan kehairanan dengan hasrat Mahiaddin itu, Tun Mahathir diberitakan hanya mendengar saja Ahli Parlimen Pagoh itu bercakap tanpa memberi sebarang komen atau respon, apa lagi ungkapan yang memperlihatkan sokongan atau komitmen.

“Iyalah…siapa tak terkejut dan hairan kerana Mahiaddin sebelum ini bukan saja mengenepikan Tun Mahathir, malah memecatnya daripada Bersatu, tapi kini seperti seseorang yang tidak pernah berdosa, datang menyuakan mukanya dan meminta sokongan daripada Pengerusi Pejuang itu untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

“Agaknya Mahiaddin terlupa dengan siapa beliau meminta sokongan itu kerana Tun Mahathir juga, kalau peluang terbuka serta kesihatannya masih ada, pasti ingin jadi Perdana Menteri lagi untuk kali yang ketiga.

“Kepada beberapa sahabat dan kenalan yang mengunjunginya baru-baru ini, Tun Mahathir tidak menyembunyikan mengenai tujuan kedatangan Mahiaddin bertemu dengannya itu.

“Cuma, sebagaimana kita hairan dengan hasrat Mahiaddin itu kerana beliau adalah Perdana Menteri yang gagal dan bagaimana boleh ada perasaan mahu kembali semula, Tun Mahathir tentu saja lebih berasa hairan lagi.

“Yang pasti, dengan hasrat Mahiaddin yang mula diluahkannya itu, malah sudah bercakap dengan Tun Mahathir mengenainya, adalah jelas beliau kini mahu merampas semula jawatan Perdana Menteri daripada Ismail Sabri Yaakob yang diberi laluan olehnya sendiri sebelum ini.”

THE THIRD FORCE

WAJIB TONTON:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...