
محي الدين ددعوا كچيوا، مينتا ڤجا سراه ڤراق كڤد ‘ڬابوڠن امنو دان دڤ’
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa telah meminta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menyerahkan kerajaan negeri Perak kepada “gabungan UMNO dan DAP.”
Sementara itu, di Ipoh, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah malam semalam bagi mempengerusikan satu mesyuarat khas bersama pimpinan parti negeri.
Beberapa pemimpin UMNO negeri juga dilihat hadir, antaranya,Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Azian Osman yang baharu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak.
Terdahulu, TTF menerbitkan laporan yang mendakwa UMNO membuat tinjauan bagi mendapat maklumbalas sekumpulan ahli parti itu berhubung kemungkinan UMNO bekerjasama dengan DAP dan PKR.
IPOH: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa telah meminta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menyerahkan kerajaan negeri Perak kepada “gabungan UMNO dan DAP.”
Portal Malaysiapost, yang memetik seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, berkata Muhyiddin membuat permintaan itu menerusi WhatsApp kumpulan pimpinan parti itu.
“Dalam ‘WhatsApp’ kumpulan pemimpin Bersatu, Tan Sri berkata kepada Faizal, serahkan kerajaan negeri kepada Umno,DAP.
“Muhyiddin agak kecewa dengan krisis yang berlaku di Perak,” dakwa ahli MPT itu.
Sementara itu, di Ipoh, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah malam semalam bagi mempengerusikan satu mesyuarat khas bersama pimpinan parti negeri.
Beberapa pemimpin UMNO negeri juga dilihat hadir, antaranya,Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Azian Osman yang baharu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak.
Mesyuarat terbabit turut disertai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Perak dan 24 Ketua UMNO bahagian.
Difahamkan, antara intipati mesyuarat adalah bagi membincangkan pembentukan kerajaan baharu di Perak susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.
Mesyuarat dijangka turut membincangkan calon Menteri Besar Perak baharu daripada UMNO.
Esok, Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, berkemungkinan besar untuk mempersembahkan senarai calon Menteri Besar bagi pihak Barisan Nasional.
Terdahulu, TTF menerbitkan laporan yang mendakwa UMNO membuat tinjauan bagi mendapat maklumbalas sekumpulan ahli parti itu berhubung kemungkinan UMNO bekerjasama dengan DAP dan PKR.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Umno launches internal survey to gauge possibility of working with DAP, PKR
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
