Muhyiddin didakwa langkaui MT untuk lantik bekas ahi UMNO

Muhyiddin didakwa melangkaui Majlis Tertinggi (MT) Bersatu untuk melantik Ali, walaupun bekas ahli Umno itu hanya menyertai parti itu pada April tahun lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

FMT memetik seorang pemimpin Bersatu yang tidak dinamakan sebagai berkata, Presiden Muhyiddin Yassin melantik Ali Mohamad sebagai timbalan ketua penerangan secara unilateral.

Menurut laporan FMT (di bawah), pemimpin itu terkejut dengan pelantikan itu kerana Ali sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan ditahan reman.

Kritikan ini berlatarkan siasatan membabitkan Ali, yang pernah menjadi timbalan presiden Dewan Negara dari Disember 2020 hingga Mei 2023.

Ali juga pernah menjadi pengerusi Umno Melaka, dan bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN 2021 namun tewas dengan perbezaan tipis 530 undi.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mengkritik Presiden Muhyiddin Yassin berhubung pelantikan Ali Mohamad sebagai timbalan ketua penerangan, mendakwa keputusan itu dibuat secara unilateral.

Bercakap dengan syarat tidak dinamakan, pemimpin itu terkejut dengan pelantikan itu kerana Ali sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan ditahan reman.




Pemimpin itu berkata Muhyiddin melangkaui Majlis Tertinggi (MT) Bersatu untuk melantik Ali, walaupun bekas ahli Umno itu hanya menyertai parti itu pada April tahun lalu.

“MT Bersatu tidak pernah meluluskan pelantikan ini. Mengapa Muhyiddin beri layanan istimewa?” katanya.

Beliau juga berkata jawatan itu tidak pernah wujud sebelum ini dan nampaknya baru diadakan.

“Tidak pernah ada jawatan ‘timbalan ketua penerangan’ dalam sejarah Bersatu. Jawatan itu dicipta untuk Ali,” katanya kepada FMT.

“Muhyiddin mesti bertanggungjawab kerana bersetuju melantik Ali sebagai timbalan ketua penerangan walaupun umum sedar tentang desas-desus masalah yang dihadapi Ali sebelum pelantikan ini.”

Kritikan ini berlatarkan siasatan membabitkan Ali, yang pernah menjadi timbalan presiden Dewan Negara dari Disember 2020 hingga Mei 2023.

Ali juga pernah menjadi pengerusi Umno Melaka, dan bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN 2021 namun tewas dengan perbezaan tipis 530 undi.

Loading...

Ali ditahan pada 14 Apr dan direman sehingga 20 April bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurut sumber, Ali dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sekitar 2021 hingga 2023, didakwa sebagai balasan kerana memberikan kerja menambak laut di perairan Kota Laksamana.

Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz dilapor menjelaskan bahawa dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan Ali itu berlaku ketika beliau masih berada dalam Umno.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...