
محي الدين دجدوال تورون ك جوهر سبتو اين
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan melawat negeri Johor hujung minggu ini dalam pada berlaku tindakan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melibatkan akar umbi dan pemimpin bahagian serta cawangan di seluruh negara.
Menurut laporan, Muhyiddin dijadualkan akan berada di Johor Bahru pada Sabtu untuk bertemu penjawat awam, menghadiri sambutan Hari Belia Negara dan beramah mesra dengan orang ramai.
Laporan yang sama mendakwa, surat pekeliling yang tular di media sosial yang dikatakan dikeluarkan oleh UMNO menyatakan bahawa presiden Bersatu itu akan bertemu pemimpin Perikatan Nasional pada malam Sabtu.
Muhyiddin kemudian dijadualkan akan ke Desaru pada Ahad bagi menghadiri satu mesyuarat.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
