Muhyiddin dikenakan kuarantin 14 hari

Muhyiddin akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين دكناكن كوارنتين 14 هاري

#TTFCovid19: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.




“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif Covid-19.

“YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” memetik kenyataan itu.

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Justeru, Muhyiddin akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...