Muhyiddin ‘diserang’ bertubi-tubi di ruang komen Facebook Istana Negara

Sehingga kini, beberapa saman dan permohonan kehakiman telah dibuat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia, mempersoalkan nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin keypads Yang Di-Pertuan Agong. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين ءدسراڠء برتوبي-توبي د رواڠ كومين فاچبووق ايستان نڬارا

Kerana tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara. 

Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin. 

Seorang yang bernama Salman Khair berkata; “PM tiada majoriti pertama di Malaysia. Pelik bin ajaib. Daulat tuanku. Mohon tuanku sentiasa memberikan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia,” katanya. 

Mohd Farhan yang turut menyokong pendapat Salman itu membalas; “Betul tu. Sampai bilalah kita nak duduk di bawah kerajaan tak ada majoriti ni. YDPA sahaja harapan rakyat.”


PETALING JAYA: Kerana tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.

Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.




Tidak terkecuali, ada yang komen mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin.

TTF memeriksa sendiri ruang komen Facebook Istana Negara selepas membaca laporan asal di Malaysiakini dan mendapati serangan terhadap Muhyiddin agak serius.

Salah seorang pengguna bernama Hamizura Osman menulis, “Tuanku..jgn benarkan rakyat membenci Tuanku kerana Muhyiddin …Tuanku terbaik…Muhyiddin jgn jatuh kan reputasi Istana.”

Malaysiakini pula melaporkan komen seorang lagi bernama Hazriq Zamali yang berkata; “Kami perlukan seorang pemimpin yang baik, serta bijak laksana untuk membantu kami di kala negara dilambung musibah.

“Bukan seorang pemimpin sekampit beras.. Daulat Tuanku moga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada seluruh kaum kerabat Sultan Pahang.”

Salman Khair pula dilaporkan berkata; “PM tiada majoriti pertama di Malaysia. Pelik bin ajaib. Daulat tuanku. Mohon tuanku sentiasa memberikan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia,” katanya.

Mohd Farhan yang turut menyokong pendapat Salman itu membalas; “Betul tu. Sampai bilalah kita nak duduk di bawah kerajaan tak ada majoriti ni. YDPA sahaja harapan rakyat.”

Loading...

Terdapat pengguna lain yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu kestabilan ekonomi negara dan tindakan pelabur yang berpindah ke negara-negara jiran.

Antaranya warga maya dengan nama Wan Jitraa yang mengadu; “Mohon tuanku faham kehendak rakyat. Rakyat dah cukup terseksa dan menderita di bawah kerajaan PN.

“Pelabur dah ramai lari, rakyat dah ramai yang tak ada kerja, hilang punca pendapatan, ekonomi negara makin teruk tuanku, kes rasuah makin meningkat. Harap tuanku dengarlah suara majoriti rakyat Malaysia.”

Pengguna Zainol Azhar turut menyuarakan kebimbangan yang serupa; Zainol Azhar “Tuanku, negara dan rakyat tidak akan berada di dalam keadaan yang baik jika income negara tidak berkembang.

“Pelabur asing hilang kepercayaan jika kerajaan itu rapuh. Kini pun terdapat banyak sektor-sektor awam telah mulai tutup sedikit demi sedikit. Ada di antara para pelabur asing pun sudah mulai berpindah arah ke negara-negara lain.”

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan pada 24hb Jan 2021 menunjukkan FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.

Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus).

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

WAJIB BACA:

Tuduhan tidak berasas Muhyiddin dalam perutusan terkini keruhkan lagi keadaan

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...