Muhyiddin diseru kurangkan menteri daripada meminta penjawat awam berwakaf

Menurut seorang ADUN, tidak wajar kerajaan mengalakkan penjawat awam untuk mewakafkan gaji mereka bagi membantu ekonomi negara. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين دسرو كورڠكن منتري درڤد ممينتا ڤنجاوات عوام برواقف

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Susulan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara sudah kekurangan duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab mencadangkan agar kerajaan membuat rombakan kabinet untuk mengurangkan jumlah menteri.

Sofi juga mencadangkan agar jawatan duta-duta khas diberhentikan serta melakukan pemotongan elaun kepada pengerusi badan berkaitan kerajaan (GLC).

Kerajaan pimpinan Muhyiddin mencatatkan jumlah pelantikan menteri, timbalan menteri dan wakil-wakil GLC yang terbesar dalam sejarah melibatkan ahli-ahli parlimen blok kerajaan, khususnya, UMNO, PPBM, PAS, MCA dan MIC.

Sebelum ini, Muhyiddin mendakwa kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan.

“Buat rombakan kabinet bagi mengurangkan belanja kerajaan dan dengan kurangnya menteri dan timbalan menteri, sudah tentu wang boleh digunakan untuk bantu rakyat dan pembangunan negara.

“Tidak ketinggalan buat pemotongan elaun untuk pengerusi GLC dan ada juga duta khas ini semua mesti diberhentikan kerana kita tidak melihat adanya fungsi dan mereka hanya setakat dapatkan elaun dan gaji tanpa berikan perkhidmatan,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin mencatatkan jumlah pelantikan menteri, timbalan menteri dan wakil-wakil GLC yang terbesar dalam sejarah melibatkan ahli-ahli parlimen blok kerajaan, khususnya, UMNO, PPBM, PAS, MCA dan MIC.

Sebelum ini, Muhyiddin mendakwa kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan.

Jelasnya, itu disebabkan negara kini sudah tidak mempunyai wang yang banyak.

BACA JUGA: SUDAH MULA USAHA RAHSIA CANTAS ZAHID MELIBATKAN ORANG NAJIB (PENDEDAHAN)

Mengulas lanjut, Sofi turut menambah, tidak wajar kerajaan mengalakkan penjawat awam untuk mewakafkan gaji mereka bagi membantu ekonomi negara.

Dia mengulas demikian berhubung inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

Loading...

Jelas Muhyiddin, antara usaha pelaksanaan wakaf itu adalah supaya penjawat awam dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.

“Jangan diminta pegawai kerajaan untuk potong gaji mereka sedangkan menteri dan timbalan menteri bergaji dengan jumlah yang tidak munasabah.

“Dari kerajaan cadangkan penjawat awam mewakafkan wang gaji, lebih baik buat rombakan kabinet,” jelasnya.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini 

WAJIB BACA:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...