
محي الدين حاضر مشوارت ترڬمڤر ڤڤبم مالم اين
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya kira-kira 8.25 malam tadi, bagi menghadiri Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini.
Presiden BERSATU itu hadir mesyuarat MPT buat kali pertama, selepas tamat menjalani kuarantin di rumah semalam.
Kawalan ketat polis dan anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) di sepanjang laluan masuk ke rumah persatuan itu.
Beberapa penyokong Dr Mahathir dilihat turut berkumpul di perkarangan rumah persatuan itu. Difahamkan mesyuarat itu tidak dihadiri Dr Mahathir dan empat lagi pemimpin yang digugurkan.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya kira-kira 8.25 malam tadi, bagi menghadiri Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini.
Presiden BERSATU itu hadir mesyuarat MPT buat kali pertama, selepas tamat menjalani kuarantin di rumah semalam.
Mesyuarat itu juga adalah yang pertama selepas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian parti bersama empat lagi pimpinan parti itu minggu lalu.
Empat pemimpin itu adalah adalah bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.
Setakat ini, media dan pemerhati politik tidak dibenarkan masuk ke rumah persatuan itu.
Kawalan ketat polis dan anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) di sepanjang laluan masuk ke rumah persatuan itu.
Beberapa penyokong Dr Mahathir dilihat turut berkumpul di perkarangan rumah persatuan itu.
Difahamkan mesyuarat itu tidak dihadiri Dr Mahathir dan empat lagi pemimpin yang digugurkan.
Namun, Setiausaha Politik Dr Mahathir yang juga ahli MPT, Datuk Abu Bakar Yahya dilihat memasuki rumah persatuan itu dipercayai menghadiri mesyuarat itu.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
