
Shukur Mohamad
Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai dua pilihan sahaja:
- Kembali semula kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan meminta maaf, atau
- Menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan team Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di undian Belanjawan 2021 selepas bacaan ketiga 15hb Disember ini.
Jika dilihat, dalam opsyen pertama, Mahathir 100 PERATUS tidak akan memulakan langkah , maka Muhyiddin perlu “melakukan apa yang patut.”
Opsyen kedua pula adalah jalan penghujung buat Muhyiddin – jangan berharap pencaturan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali boleh menyelamatkan keadaan, kerana kedua-dua mereka bukannya pencatur handal dan jauh ketinggalan di belakang gandingan Anwar dan Team A (Zahid-Najib).
Inilah masalah sebenar Muhyiddin – selama lapan bulan selepas Langkah Sheraton, beliau meletakkan 100 peratus keyakinan kepada Hamzah dan Azmin untuk membuat pelbagai pencaturan bagi mengekalkan kuasa.
Malangnya, penyatuan ‘ummah versi baharu’ (UMNO bersama DAP) di Perak adalah langkah terakhir Anwar bagi mendapatkan sokongan untuk menolak undian ke-3 nanti bagi memastikan “Langkah Menumbangkan Muhyiddin” berjaya.
DAP pusat pula dijangka akan menolak penyatuan ummah UMNO-DAP ini, tetapi kumpulan anti-Lim Guan Eng amat berkuasa di dalam DAP waktu ini dan akan sedang meminggirkan keputusan DAP pusat.
‘Penyatuan ummah UMNO-DAP’ ini turut amat diperlukan oleh Anwar, dan Zahid suka atau tidak terpaksa menjalankan ikhtiar tersebut kerana mengharapkan semua kes beliau dan Najib boleh digugurkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.
Kumpulan Anwar, Najib dan Zahid terdesak waktu ini , dan mereka sedang menggunakan perpecahan dalam DAP sebagai “batu loncatan.”
PAS pula seperti biasa , ASALKAN MASYUUUUUK, mereka akan MENYOKONG “penyatuan ummah versi baharu” ini.
WARISAN berkemungkinan besar akan bersama-sama “penyatuan ummah versi baharu” (UMNO-DAP) apabila ianya telah berlaku.
GPS juga dijangka akan menyokong, kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak “just arround the corner,” maka mereka hendak selamatkan diri juga.
Hakikatnya, ahli-ahli UMNO Team A amat tertunggu-tunggi “penyatuan ummah versi baharu” ini, dan mereka semua akan bersorak gembira.
Saja nak beritahu, masa DAP dalam Pakatan Harapan , penyalak-penyalak UMNO menyalak dengan slogan “wajib menjatuhkan PH” kerana di dalam PH ada DAP, dan disebabkan DAP bersama PH, “NASIB MELAYU-ISLAM TERANCAM!”
Tiba-tiba sekarang “tidak mengapa,” kerana kata-kata orang munafiq memang sentiasa berubah-ubah, harap-harap tak kena petir sudah.
WAJIB BACA:
Frustrated Ipoh residents urge Perak Menteri Besar to step in before ‘it’s too late’ [docs included]
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
