
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
محي الدين هيلڠ ماجوريتي، واجب هادڤ اڬوڠ دان لتق جاوتن
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 15.12.2020, BELANJAWAN 2021 di Bacaan Ketiga telah diluluskan dengan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) pimpinan TS MUHYIDDIN YASSIN memperolehi 111 undi Ahli Dewan Rakyat, yakni lebih SATU(1) dari jumlah yang diperlukan iaitu 110 (dari jumlah 220 memandangkan pada ketika itu sehingga kini DUA (2) orang Ahli Dewan Rakyat telah meninggal dunia dan PRK telah kini ditangguhkan di kawasan masing-masing di atas Proklamasi Darurat di Batu Sapi dan Gerik).
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/555321),
(Link Laporan : https://www.hmetro.com.my/…/agong-isytihar-darurat-di…) &
(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/agong-isytihar-darurat…)
2. Sememangnya pada tarikh 15.12.2020 itu, cuma 108 Ahli Dewan Rakyat yang mengundi untuk menolak BELANJAWAN 2021 dengan seorang Ahli Dewan Rakyat TENGKU RAZALEIGH HAMZAH, Gua Musang tidak hadir di Dewan Rakyat untuk BELANJAWAN 2021 itu.
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/555321)
3. Namun, pada 24.12.2020 TENGKU RAZALEIGH HAMZAH, Gua Musang telah mengesahkan bahawa beliau tidak hadir di Dewan Rakyat berhubung BELANJAWAN 2021 disebabkan Kerajaan PN itu dikatakan TIDAK SAH, dan justeru man menjadi BUKTI KUKUH bahawa TENGKU RAZALEIGH HAMZAH tidak menyokong Kerajaan PN yang dipimpin Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN, menjadikan nisbah sokongan kepada Kerajaan PN setakat pada tarikh itu, menjadi 111 : 109.
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/556448)
4. Pada hari ini, 09.01.2021, dengan JELAS dan NYATA Ahli Dewan Rakyat Machang, AHMAD JAZLAN YAAKUB telah membuat Kenyataan Rasmi menarik balik sokongan beliau kepada Kerajaan PN yang dipimpin TS MUHYIDDIN YASIN sebagai Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 09.01.2021 bertajuk “Ahli Parlimen Machang tak lagi sokong Muhyiddin dan PN”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan para pembaca, di mana dinyatakan :
“Jumlah ahli parlimen yang berada di belakang Muhyiddin Yassin berkurangan seorang lagi hari ini apabila Pengerusi Umno Kelantan menarik balik sokongannya kepada presiden Bersatu itu.
Pendirian Ahmad Jazlan Yaakub itu dibuat pada sidang media yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya yang juga anggota parlimen Machang.
Pengumuman Ahmad Jazlan hari ini meletakkan kerajaan PN kini hanya berdiri dengan sokongan 110 daripada 220 ahli parlimen yang ada di Dewan Rakyat.)
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/558289)
5. Justeru, secara ZAHIR kedudukan TS MUHYIDDIN YASSIN sebagai Perdana Menteri kini TIADA SOKONGAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat dengan nisbah sebenarnya menjadi SEKATA, iaitu110 : 110, dan BUKAN MAJORITI !!
6. Menurut peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
Perkara 43 (4) dan (5) berbunyi :
“(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.”
7. Hatta, Perdan Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN dan keseluruhan ahli Jemaah Menteri yang dilantik, kini dari sudut undang-undang tertinggi negara, yakni PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, telah kini HILANG JAWATAN secara muktamad, dan oleh yang mana tindakan WAJAR yang perlu dilakukan oleh TS MUHYIDDIN YASSIN adalah untuk memohon menghadap KeBawah Duli YDP AGONG sesegera mungkin bagi tujuan “MELETAK JAWATAN” sebagai Perdana Menteri.
8. Selepas itu, isu tadbir urus negara akan kembali untuk diselesaikan oleh KeBawah Duli YDP AGONG yang kemudiannya berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab yang diletakkan di tangan KeBawah Duli YDP AGONG untuk membuat mana-mana satu (1) dari tiga (3) pilihan yang ada, seperti berikut :
(a) untuk melalui segala bentuk proses yang dirasai suai manafaat oleh KeBawah Duli YDP AGONG (sepertimana yang dilakukan terdahulu antara 24.02.2020 hingga 01.03.2020, iaitu semasa pelantikan TS MUHYIDDIN YASSIN sebagai Perdana Menteri Ke-8 pada masa itu) bagi tujuan melantik seorang Perdana Menteri baharu “yang pada hemat KeBawah Duli YDP AGONG mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat” menurut peruntukan Perkara 43(2)(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
ATAU
(b) untuk membubarkan Dewan Rakyat dan mengadakan Pilihanraya baharu (PRU-15) menurut peruntukan Perkara 43(4) dan 55(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
ATAU
(c) Jika Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong “berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”, dan yang secara khusus bleh dirujuk sebagai “DARURAT POLITIK” menurut peruntukan Perkara 150 (1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
