Muhyiddin, Khaled Nordin berakal labah-labah, di gua buruk suka merakut

Kerajaan pimpinan Muhyiddin bukannya kerajaan Perikatan Nasional, tetapi “kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional” yang sama-sama gagal menangani wabak Covid-19. Sumber (gambar): Malaysiakini

“Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sedar bahawa sokongan pengundi Melayu-Islam terhadap mereka kini berada pada tahap paling lemah. Bagi meningkatkan peluang memperolehi sekurang-kurangnya 45 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kedua-dua gabungan ini perlu menguasai jentera-jentera pentadbiran negara sehingga parlimen dibubarkan. Inilah sebabnya PPBM, PAS dan UMNO masih bersetuju untuk bekerjasama”

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين، خلايد نوردين برعقل لابه-لابه، د ڬوا بوروق سوك مراكوت

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Tan Sri Muhyiddin Yassin terdesak untuk kekal dalam blok kerajaan kerana tahu PPBM tidak diterima oleh mana-mana kumpulan lain dalam blok pembangkang dan akan hanyut terus jika parti itu bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan.

Sebelum ini, Muhyiddin mendakwa beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai penggantinya dengan syarat UMNO tidak membenarkan kleptokrat menyertai pentadbiran.




Namun, setelah timbul ura-ura Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai “penasihat ekonomi” bertaraf menteri dan setelah Datuk Seri Ahmad Maslan disebut-sebut sebagai calon timbalan Speaker Dewan Rakyat, Muhyiddin memindahkan tiang gol.

Kini, beliau mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan kumpulan kleptokrat berkemungkinan kembali menjadi kerajaan sekiranya beliau tidak menetapkan pendirian dalam pemilihan Perdana Menteri baharu.

Anehnya, beliau berdiam diri ketika Perdana Menteri yang beliau sokong (Ismail Sabri) memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin Pakatan Harapan atau pembangkang yang lain sebagai pendekatan baharu.

Manakala itu, Mohamed Khaled Nordin sedang menipu diri sendiri apabila mendakwa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin gagal menyebabkan terpaksa dilakukan perubahan.

Hakikatnya, kerajaan yang ada sekrang tidak jauh berbeza daripada kerajaan terdahulu dari segi komposisi malah disokong oleh gerombolan ahli parlimen sama yang menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Malah, kerajaan pimpinan Muhyiddin bukannya kerajaan Perikatan Nasional, tetapi “kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional” yang sama-sama gagal menangani wabak Covid-19.

Khaled perlu berterus terang bahawa kejatuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin dicetuskan oleh kluster mahkamah atas alasan Muhyiddin mengengkari titah Yang Di-Pertuan Agong untuk bahaskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat.

Loading...

Anehnya, kluster yang sama ini tiba-tiba senyap apabila Ismail Sabri mengengkari titah Yang Di-Pertuan Agong agar keabsahannya ditentukan di Dewan Rakyat selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Malah, Najib yang sebelum ini memekik-mekik meminta penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial kini senyap apabila Ismail Sabri melonggarkan lagi SOP biarpun angka Covid-19 melonjak balik ke paras sebelum Muhyiddin meletakkan jawatan.

Rabu lalu, saya menulis:

Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sedar bahawa sokongan pengundi Melayu-Islam terhadap mereka kini berada pada tahap paling lemah.

Bagi meningkatkan peluang memperolehi sekurang-kurangnya 45 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kedua-dua gabungan ini perlu menguasai jentera-jentera pentadbiran negara sehingga parlimen dibubarkan.

Inilah sebabnya PPBM, PAS dan UMNO masih bersetuju untuk bekerjasama.

Disebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, beliau diberi taraf menteri walaupun hanya menerajui

Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Dengan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN, beliau kini bertanggungjawab mengendalikan satu portfolio yang teramat besar, merangkumi aspek sosial, kesihatan, ekonomi dan politik negara.

Portfolio ini memberikan Muhyiddin akses kepada jentera pentadbiran yang seakan-akan sama besarnya dengan jentera yang dikuasai oleh Perdana Menteri.

Namun, Ismail Sabri tetap memiliki kuasa penentu dalam segala keputusan yang dibuat, dan inilah yang dikejar-kejar oleh Kluster Mahkamah apabila menggulingkan Muhyiddin.

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...