Muhyiddin mengaku Cina tidak puas hati tetapi masih jangka PH menang

Muhyiddin berkata pihaknya menyedari sokongan pengundi Cina terhadap PH sedikit terjejas berikutan umumnya ada sentimen tidak berapa positif sedang dimainkan pihak tertentu ketika ini. Sumber (gambar): Malaysiakini

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangka undi masyarakat Cina di Parlimen Tanjung Piai akan terus kekal dikuasai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu biarpun mereka diakui tidak begitu gembira dengan keadaan ekonomi semasa.

“Yang saya diberitahu, kalangan pengundi Cina agak tidak seronok dengan masalah ekonomi, kos sara hidup tinggi dan prospek perniagaan yang sepatutnya menjadi lebih maju ketika ini.

“Bagaimanapun mereka menyedari masalah ekonomi dan kenaikan kos sara hidup sudah berlaku sejak tiga, empat tahun lepas, bukan semasa pentadbiran PH sahaja.

Muhyiddin berkata, pihaknya bukan hendak mencari dalih sebaliknya mahu mengingatkan pengundi bahawa tempoh setahun setengah pentadbiran PH tidak mungkin boleh memulihkan ekonomi yang terjejas di bawah kerajaan terdahulu yang memerintah negara selama 62 tahun.


PONTIAN: Undi masyarakat Cina di Parlimen Tanjung Piai dijangka terus kekal dikuasai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu biarpun mereka diakui tidak begitu gembira dengan keadaan ekonomi semasa.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya menyedari sokongan pengundi Cina terhadap PH sedikit terjejas berikutan umumnya ada sentimen tidak berapa positif sedang dimainkan pihak tertentu ketika ini.




Bagaimanapun, situasi agak menarik berlaku Tanjung Piai di mana pengundi Cina tidak akan mengubah undi kepada calon-calon lain pada PRK Parlimen Tanjung Piai biarpun mereka tidak seronok dengan perkembangan politik dan ekonomi semasa.

“Yang saya diberitahu, kalangan pengundi Cina agak tidak seronok dengan masalah ekonomi, kos sara hidup tinggi dan prospek perniagaan yang sepatutnya menjadi lebih maju ketika ini.

“Bagaimanapun mereka menyedari masalah ekonomi dan kenaikan kos sara hidup sudah berlaku sejak tiga, empat tahun lepas, bukan semasa pentadbiran PH sahaja.

“Ini semua kesan pentadbiran teruk BN (Barisan Nasional) dahulu bukan zaman PH. Ekonomi tidak boleh pulih sekelip mata bila PH ambil alih,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama calon PH di Rambah di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya bukan hendak mencari dalih sebaliknya mahu mengingatkan pengundi bahawa tempoh setahun setengah pentadbiran PH tidak mungkin boleh memulihkan ekonomi yang terjejas di bawah kerajaan terdahulu yang memerintah negara selama 62 tahun.

Menurutnya, perkara paling penting pengundi Cina yakin inisiatif kerajaan PH akan terlihat kesan positif untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.

“Saya hendak tanya, boleh calon BN selesaikan masalah rakyat sekiranya terpilih?

“Mustahil pemilihan Datuk Dr Wee Jeck Seng akan mengubah situasi ekonomi penduduk Parlimen Tanjung Piai. Tetapi melalui pemilihan calon PH, Karmaine Sardini, PH boleh bantu selesaikan isu kritikal rakyat di sini,” katanya.

Semalam, dalam satu analisis PRK Tanjung Piai Sinar Harian, pengundi Cina kawasan itu dikatakan sudah beralih sokongan kepada BN berdasarkan trend kehadiran pengundi ke program-program kempen pilihan raya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...