
محي الدين مڠهادڤ اڬوڠ ڤتڠ اين ستله هيلڠ ماجوريتي
Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Biarpun keputusan mesyuarat Kabinet masih tidak diketahui, ada laporan yang mendakwa Muhyiddin akan cuba sekali lagi untuk mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan Darurat atas alasan perlu tangani wabak Covid-19.
Muhyiddin seharusnya menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri susulan pengunduran rasmi ahli parlimen Machang Ahmad Jazlan dari blok kerajaan.
Pengunduran Jazlan menyebabkan Parlimen Persekutuan tergantung dan mewajibkan Muhyiddin menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perkara itu sebelum meletakan jawatan.
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Biarpun keputusan mesyuarat Kabinet masih tidak diketahui, ada laporan yang mendakwa Muhyiddin akan cuba sekali lagi untuk mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan Darurat atas alasan perlu tangani wabak Covid-19.
Sekiranya benar, percubaan ini akan menjadi percubaan kedua kerajaan untuk meminta perintah darurat dalam mengawal wabak Covid-19 walaupun pengisytiharan Darurat tidak diperlukan dan bakal melumpuhkan ekonomi.
Pelabur sudah cukup takut dengan keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan prestasi Malaysia dari segi pelaburan asing merosot teruk berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
Percubaan ini disyaki bermotifkan politik agar kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dapat terus berkuasa walaupun kehilangan majoriti dan mendapat kuasa-kuasa tambahan.
Muhyiddin seharusnya menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri susulan pengunduran rasmi ahli parlimen Machang Ahmad Jazlan dari blok kerajaan.
Pengunduran Jazlan menyebabkan Parlimen Persekutuan tergantung dan mewajibkan Muhyiddin menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perkara itu sebelum meletakan jawatan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
