Muhyiddin menghadap Agong petang ini setelah hilang majoriti

Tan Sri Muhyiddin Yassin sah eilang majoriti dan seharusnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين مڠهادڤ اڬوڠ ڤتڠ اين ستله هيلڠ ماجوريتي

Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Biarpun keputusan mesyuarat Kabinet masih tidak diketahui, ada laporan yang mendakwa Muhyiddin akan cuba sekali lagi untuk mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan Darurat atas alasan perlu tangani wabak Covid-19.

Muhyiddin seharusnya menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri susulan pengunduran rasmi ahli parlimen Machang Ahmad Jazlan dari blok kerajaan.

Pengunduran Jazlan menyebabkan Parlimen Persekutuan tergantung dan mewajibkan Muhyiddin menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perkara itu sebelum meletakan jawatan.


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Biarpun keputusan mesyuarat Kabinet masih tidak diketahui, ada laporan yang mendakwa Muhyiddin akan cuba sekali lagi untuk mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan Darurat atas alasan perlu tangani wabak Covid-19.




Sekiranya benar, percubaan ini akan menjadi percubaan kedua kerajaan untuk meminta perintah darurat dalam mengawal wabak Covid-19 walaupun pengisytiharan Darurat tidak diperlukan dan bakal melumpuhkan ekonomi.

Pelabur sudah cukup takut dengan keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan prestasi Malaysia dari segi pelaburan asing merosot teruk berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Percubaan ini disyaki bermotifkan politik agar kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dapat terus berkuasa walaupun kehilangan majoriti dan mendapat kuasa-kuasa tambahan.

Muhyiddin seharusnya menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri susulan pengunduran rasmi ahli parlimen Machang Ahmad Jazlan dari blok kerajaan.

Pengunduran Jazlan menyebabkan Parlimen Persekutuan tergantung dan mewajibkan Muhyiddin menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perkara itu sebelum meletakan jawatan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...