Muhyiddin menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene

Muhyiddin serta tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama baginda dan keluarga diraja Johor. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين مڠهادڤ سلطان جوهر د ايستان بوكيت سرن

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru. 

Ketibaan pemimpin utama negara yang menaiki kenderaan rasmi dirakam di pintu masuk istana itu pada 9.30 pagi. Turut kelihatan memasuki perkarangan istana ialah kenderaan rasmi yang dinaiki barisan pemimpin kerajaan negeri. 

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir dilihat meninggalkan istana pada 10.40 pagi. 

Selepas menghadap Sultan Ibrahim, Muhyiddin bersama barisan pemimpin lain dijadualkan menghadiri Sesi Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di sebuah hotel di Johor Bahru.


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru.

Ketibaan pemimpin utama negara yang menaiki kenderaan rasmi dirakam di pintu masuk istana itu pada 9.30 pagi.




Turut kelihatan memasuki perkarangan istana ialah kenderaan rasmi yang dinaiki barisan pemimpin kerajaan negeri.

Ia adalah kunjungan rasmi kedua Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ke atas Sultan Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.

Pada pertemuan pertama 19 Mac lalu, Muhyiddin mempersembahkan perkembangan terkini Covid-19 kepada Sultan Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir dilihat meninggalkan istana pada 10.40 pagi.

Selepas menghadap Sultan Ibrahim, Muhyiddin bersama barisan pemimpin lain dijadualkan menghadiri Sesi Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di sebuah hotel di Johor Bahru.

Sementara itu, menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim mengesahkan berkenan menerima menghadap Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut berkenan berangkat pada majlis menghadap itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Loading...

Antara pemimpin kerajaan negeri dan pusat yang hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan isteri, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan isteri serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan isteri.

Muhyiddin serta tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama baginda dan keluarga diraja Johor.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...