Muhyiddin: Pengarang, penerbit komik propaganda disiasat

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti pihak terbabit, termasuk pengarangnya, dan tindakan tegas akan diambil. Sumber (gambar): Fail TTF

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil keterangan pihak yang terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata isi kandungan mana-mana bahan untuk edaran di institusi pendidikan tidak boleh menyentuh batas politik atau membabitkan isu negara asing tanpa kebenaran kementerian.

“Saya terima maklumat itu, malah turut dimaklumkan bahada KPM juga sudah meminta edaran komik itu ditarik balik. Tiada bahan boleh diedar ke sekolah, kecuali dengan kebenaran kementerian dan saya pasti komik ini tidak dapat kebenaran kementerian.


PONTIAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil keterangan pihak yang terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti pihak terbabit, termasuk pengarangnya, dan tindakan tegas akan diambil.




“Berdasarkan laporan awal oleh Bahagian Keselamatan KDN, ada perkara tidak betul (dalam komik itu). Atas sebab itu, wajar tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik itu.

“Kita akan panggil mereka dan dapatkan keterangan lanjut. Kita pun tidak boleh ambil tindakan terburu-buru, jadi kita akan siasat,” katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan bekerjasama mendapatkan ulasan KDN berhubung isu komik berkenaan, terutama berkaitan aspek keselamatan membabitkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara.

Terdahulu, KPM menafikan membenarkan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah di seluruh negara.

Muhyiddin, ketika mengulas lanjut, berkata isi kandungan mana-mana bahan untuk edaran di institusi pendidikan tidak boleh menyentuh batas politik atau membabitkan isu negara asing tanpa kebenaran kementerian.

“Saya terima maklumat itu, malah turut dimaklumkan bahada KPM juga sudah meminta edaran komik itu ditarik balik. Tiada bahan boleh diedar ke sekolah, kecuali dengan kebenaran kementerian dan saya pasti komik ini tidak dapat kebenaran kementerian.

“Isi kandungan itu kalau pasal Upin Ipin, tidak mengapalah, tetapi jika ada cerita melangkaui batas politik, soal negara asing atau dikaitkan dengan kefahaman politik…komunisme itu, tidak bolehlah,” katanya.

Loading...

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...