
محي الدين ڤڠروسي مشوارت خاص كابينيت ايسوق
Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok.
Menurut Sinar online, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang bakal dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sinar melaporkan sumber sebagai berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet akan dibangkitkan.
“Mesyuarat Kabinet khas ini perkara biasa kerana sebab sudah beberapa kali mesyuarat Kabinet sudah tertangguh jadi ada banyak urusan kerajaan yang perlu diselesaikan,” katanya.

PETALING JAYA: Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok.
Menurut Sinar online, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang bakal dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, ada beberapa pihak mengaitkan mesyuarat itu dengan desas-desus mengenai rombakan Kabinet.
“Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti,” seorang sumber didakwa berkata.
Ketika ditanya mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu senarai itu berkemungkinan palsu.
“Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
“Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik,” jelas beliau.
Sinar turut melaporkan sumber lain sebagai berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet akan dibangkitkan.
“Mesyuarat Kabinet khas ini perkara biasa kerana sebab sudah beberapa kali mesyuarat Kabinet sudah tertangguh jadi ada banyak urusan kerajaan yang perlu diselesaikan,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

