Muhyiddin pengerusikan mesyuarat tergempar PPBM malam ini

Kedudukan Muhyiddin dikatakan amat kritikal. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين ڤڠروسيكن مشوارت ترڬمڤر ڤڤبم مالم اين

Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor di sini, jam 8.25 malam tadi, bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Zuraida Kamarudin dan Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Erniyati Samsudin.

Ahmad Faizal enggan mengulas sama ada isu usul mesyuarat bahagian UMNO akan dibincangkan oleh MPT BERSATU malam ini.

“Perkara lain mungkin akan disentuh tetapi BERSATU fokus kepada usaha memberi khidmat kepada rakyat, penyelesaian masalah mereka dan pendayaupayaan kepada golongan yang memerlukan ketika ini,” katanya.


PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor di sini, jam 8.25 malam tadi, bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Zuraida Kamarudin dan Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Erniyati Samsudin.




Pagi tadi, BH melaporkan, BERSATU akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan mengenai usul lebih 140 Bahagian UMNO yang dikatakan menolak kerjasama dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketika dihubungi BH, Ahmad Faizal berkata, mesyuarat malam ini akan memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, antaranya banjir yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.

Katanya, beliau akan membentangkan usaha Pasukan Petugas Sukarelawan Bencana Banjir bagi membantu rakyat yang terjejas akibat bencana itu.

“Kami akan mengerahkan sukarelawan kami ke tempat yang memerlukan bantuan semasa banjir dan pasca bencana, contohnya mencuci rumah dan lain-lain lagi,” katanya.

Ahmad Faizal enggan mengulas sama ada isu usul mesyuarat bahagian UMNO akan dibincangkan oleh MPT BERSATU malam ini.

“Perkara lain mungkin akan disentuh tetapi BERSATU fokus kepada usaha memberi khidmat kepada rakyat, penyelesaian masalah mereka dan pendayaupayaan kepada golongan yang memerlukan ketika ini,” katanya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut bermesyuarat malam ini, yang dijangka akan membuat keputusan mengenai pendirian parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk kerjasama dengan BERSATU.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...