Muhyiddin penipu besar, sendiri terlibat pemotongan elaun Nelayan ketika menjadi Menteri Pakatan Harapan

Barangkali Tan Sri Muhyiddin juga lupa bahawa Pakatan Harapan telah berjanji untuk meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan sekiranya situasi ekonomi mengizinkan. Sumber (gambar): Fail TTF

Salahuddiin Ayub, Sim Tze Tzin

Sudahkah Tan Sri Muhyiddin lupa beliau bersama Pakatan Harapan dahulu?

Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bangganya mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan.

Pengumuman tersebut ternyata bukan satu kebetulan kerana ia dibuat di Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat negeri Sabah akan keluar mengundi pada 26 September ini.




Tetapi yang lebih memusykilkan adalah apabila Tan Sri Muhyiddin menyalahkan Parti Warisan Sabah yang bersama Pakatan Harapan ketika Elaun Sara Hidup Nelayan telah dipotong.

Sudahkah Tan Sri Muhyiddin lupa bahawa beliau merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan dahulu?

Beliau merupakan anggota jemaah menteri dan seingat kami beliau tidak pernah membantah pemotongan Elaun Sara Hidup Nelayan yang dilakukan ketika itu (sekaligus bermakna Muhyiddin bersetuju).

Barangkali Tan Sri Muhyiddin juga lupa bahawa Pakatan Harapan telah berjanji untuk meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan sekiranya situasi ekonomi mengizinkan.

Walaupun wadah politik kami sudah berbeza, Tan Sri Muhyiddin tidak seharusnya menyalahkan Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah tanpa mengingati bahawa beliau merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan sebelum ini.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...