Muhyiddin perlu segera letak jawatan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين ڤرلو سڬرا لتق جاوتن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.

Dalam kenyataan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istana Negara mengesahkan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh kerajaan sepertimana yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada Dewan Rakyat belum mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.




Ini bermakna, Takiyuddin selaku Menteri Undang-Undang telah menipu dan memperdaya Dewan Rakyat, sekaligus menghalang perbahasan dan pengundian Ordinan-Ordinan Darurat oleh ahli-ahli parlimen.

Menurut Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Menteri di Parlimen ada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Pengesahan dari Istana Negara ini bermakna kerajaan pimpinan Muhyiddin telah melanggar Perlembagaan Persekutuan, menghina Yang Di-Pertuan Agong serta menghina Dewan Rakyat yang bermesyuarat atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Muhyiddin perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab terhadap pelanggaran dan penghinaan ini dan segera mengumumkan perletakkan jawatannya agar proses pembentukkan pentadbiran baharu dapat dimulakan secepat mungkin.

WAJIB BACA:

UMNO PATUT TANYA MENTERI UMNO KENAPA ORDINAN DARURAT DIMANSUHKAN SECARA RAHSIA

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...