Berikut merupakaan kenyataan ringkas terkini ahli Majlis Kerta Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, dipetik dari Facebook rasmi beliau:
“PKR menang 1 kerusi, tidak ada desakan dari dalam parti supaya Anwar Ibrahim letak jawatan. DAP menang 0 kerusi, juga tidak ada desakan agar Anthony Loke letak jawatan. Sudah tentu UMNO yang menang 5 kerusi maka tidak ada desakan supaya Zahid letak jawatan.
“Tetapi dua hari selepas Bersatu menang 0 kerusi, 20 Ketua Bahagian Bersatu di Sabah mendesak Muhyiddin letak jawatan. Bila agaknya Muhyiddin akan letak jawatan. Apatah lagi Wan Saiful Wan Jan mendakwa Muhyiddin adalah punca perpecahan. Dia sudah luput tempoh (expired). Auranya sudah hilang. Tetapi egonya menghalang dia nampak pintu keluar.”
THE THIRD FORCE

