Muhyiddin sanggup tenggelamkan semua asalkan UMNO tidak mendahului PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين سڠڬوڤ تڠڬلمكن سموا اصلكن امنو تيدق مندهولوي ڤڤبم

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.

Malah, Muhyiddin turut berkata, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya itu nanti.




“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi Parlimen. Jika (mereka) menang (dan) bentuk kerajaan, tidak mengapa. Tetapi kalau UMNO ambil semua (kerusi), saya (PPBM) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh… sebab ini politik.

“Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu,” katanya.

Nampak?

Muhyiddin secara tidak langsung mengaku bahawa misinya berunsur dendam terhadap UMNO dan beliau sanggup menguburkan peluang PPBM dan PAS dalam pilihan raya semata-mata untuk memuaskan nafsu dendamnya itu.

Tidak kira samada UMNO bekerjasama dengan PPBM atau berdiri sendiri, kedua-dua parti itu dijangka akan mencatatkan prestasi buruk berbanding pencapaian mereka di Pilihan Raya Umum ke-14.

Tetapi jika UMNO dan PPBM bertanding menentang satu sama lain, sudah pasti prestasi mereka bertambah buruk kerana pertembungan itu akan memecahkan undi pro-kerajaan dan menguntungkan calon bebas dan (atau) pembangkang.

Ini bermakna, misi utama Muhyiddin adalah untuk mengawal ketat perolehan kerusi UMNO pada pilihan raya umum ke-15 tanpa tolak ansur atau ‘berkubur’ terus bersama UMNO pada pilihan raya berkenaan.

Loading...

Jika UMNO bersetuju untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional, Muhyiddin ingin memastikan UMNO tidak mendahului PPBM dari segi perolehan kerusi agar beliau kekal menerajui gabungan berkenaan.

Sebaliknya, jika UMNO tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional, Muhyiddin sanggup menguburkan terus peluang UMNO, PPBM dan PAS untuk berjaya asalkan UMNO tidak cukup kerusi untuk berunding dengan blok kuasa ketiga.

Mustahil PPBM boleh bertahan tanpa jentera UMNO, dan ini merupakan motivasi utama tekanan yang diberikan oleh PPBM dan PAS terhadap UMNO untuk menerima Perikatan Nasional.

Jika UMNO tetap dengan pendiriannya untuk menolak PPBM, tidak mustahil Muhyiddin memasuki perjanjian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

WAJIB BACA:

TIGA KEMUNGKINAN BESAR PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...