Muhyiddin: Saya bukan pengkhianat

Muhyiddin mengangkat sumpah di Istana Negara Ahad lalu selepas mengemukakan kepada pihak Istana Negara satu dokomen yang dikatakan bukti sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya. Sumber (gambar): FMT

محي الدين: ساي بوكن ڤڠخيانت

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau tidak mengimpikan jawatan Perdana Menteri dan hanya berniat menyelamatkan keadaan apabila dua calon sebelum ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat.

Kenyataan ini dipercayai suslan daripada tuduhan Mahathir bahawa Muhyiddin pengkhianat sebenar berbanding bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Dia pujuk saya untuk tinggalkan DAP kerana katanya orang Melayu percaya bahawa bahawa DAP yang kontrol kerajaan dan bukannya saya, kononnya saya di bawah telunjuk DAP.

“Ini tidak benar, tetapi demikianlah kecekapan Najib (Datuk Seri Najib Razak) sehingga mereka tidak lagi nampak dia bersalah sebaliknya mereka bersedia untuk cium tangan Najib dan akui bahawa dia adalah ‘Bossku’,” katanya.


SUBANG JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau tidak mengimpikan jawatan Perdana Menteri dan hanya berniat menyelamatkan keadaan apabila dua calon sebelum ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat.

“Di peringkat awal saya bersama wakil rakyat BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) beri sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan perkara ini dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.




“Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong mengambil keputusan bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti untuk kemukakan seorang calon lain yang kemungkinan mendapat kepercayaan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

“Ketika itulah nama saya dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan ketua parti lain,” katanya yang juga Presiden BERSATU dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung sebenar tadi.

Muhyiddin mengangkat sumpah di Istana Negara Ahad lalu selepas mengemukakan kepada pihak Istana Negara satu dokomen yang dikatakan bukti sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya.

Dalam ucapanya, beliau menafikan dirinya pengkhianat dan berkata nalurinya adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut.

“Saya sedar saudara dan saudari sudah letih dan la’ih dengan kemelut politik yang berlaku. Dalamkeadaan ini, saya sebagai pemimpin mesti mencari jalan penyelesaian.

“Saya tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan,” katanya.

Kenyataan ini dipercayai suslan daripada tuduhan Mahathir bahawa Muhyiddin pengkhianat sebenar berbanding bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loading...

“Saya fikir Muhyiddin sudah merancang dan berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan kerana itulah dia sanggup terima semuanya.

“Dia pujuk saya untuk tinggalkan DAP kerana katanya orang Melayu percaya bahawa bahawa DAP yang kontrol kerajaan dan bukannya saya, kononnya saya di bawah telunjuk DAP.

“Ini tidak benar, tetapi demikianlah kecekapan Najib (Datuk Seri Najib Razak) sehingga mereka tidak lagi nampak dia bersalah sebaliknya mereka bersedia untuk cium tangan Najib dan akui bahawa dia adalah ‘Bossku’,” katanya.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...