Muhyiddin: Saya tidak pernah tawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Shafie

Shafie berkata beliau lebih berminat untuk membincangkan isu antara kerajaan dengan kerajaan, antara Sabah dan persekutuan, daripada bercakap soal bergabung dengan PN. Sumber (gambar): TTF

محي الدين: ساي تيدق ڤرنه تاوركن جاوتن تيمبالن ڤردان منتري كڤد شافعي

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Shafie Apdal seperti yang didakwa oleh Ketua menteri Sabah itu.

Menurut laporan berita, Muhyiddin menyifatkan kenyataan Shafie yang menyatakan ‘beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu’ sebagai tidak benar dan andaian Shafie semata-mata.

Baru-baru ini, Shafie mendedahkan bahawa Muhyiddin berhubung dengannya kira-kira dua minggu setelah PN berkuasa untuk cuba mendapatkan sokongan Warisan bagi memperkuatkan lagi Perikatan Nasional.

“Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu.

“Ketika itu beliau sudah memegang jawatan tersebut (PM), beberapa minggu saya fikir, beliau menghantar SMS kepada saya. Beliau mengatakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk kami bercakap,” katanya.


PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Shafie Apdal seperti yang didakwa oleh Ketua menteri Sabah itu.

Menurut laporan berita, Muhyiddin menyifatkan kenyataan Shafie yang menyatakan ‘beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu’ sebagai tidak benar dan andaian Shafie semata-mata.




“Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal dalam wawancara beliau dengan Malaysiakini pada 14 Julai 2020, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau pada Mac selepas saya menjadi Perdana Menteri, seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Shafie mendedahkan bahawa Muhyiddin berhubung dengannya kira-kira dua minggu setelah PN berkuasa untuk cuba mendapatkan sokongan Warisan bagi memperkuatkan lagi Perikatan Nasional.

“Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu.

“Ketika itu beliau sudah memegang jawatan tersebut (PM), beberapa minggu saya fikir, beliau menghantar SMS kepada saya. Beliau mengatakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk kami bercakap,” katanya.

“Itu beberapa waktu yang lalu. Ini melalui pesanan teks,” katanya.

Walau bagaimanapun, Shafie berkata beliau lebih berminat untuk membincangkan isu antara kerajaan dengan kerajaan, antara Sabah dan persekutuan, daripada bercakap soal bergabung dengan PN.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...