
محي الدين سلامتكن دڤ دري دحرامكن، اشتهار ڤرتي ايت تيدق ترليبت دڠن لتت
Pada 29hb Oktober 2019, Muhyiddin mengisytiharkan bahawa DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.
Pada 22hb Febuari 2020 pula, dua hari selepas surat yang kononnya dihantar oleh Mahathir kepada Muhyiddin ditulis, Muhyiddin mengesahkan bahawa LLTE merupakan kumpulan pengganas
Manakala itu, PAS tidak dapat menerima pengisytiharan Muhyiddin yang bertarikh 29hb Oktober 2019 itu dan terus mendesak agar DAP diharamkan.
Walaubagaimanapun, PAS kini senyap berhubung isu LTTE biarpun bersama dengan Muhyiddin dan PPBM dalam gabungan Perikatan Nasional.
PETALING JAYA: Baru-baru ini, tular di media sosial salinan sepucuk surat yang kononnya arahan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kumpulan LTTE tidak lagi dilabel sebagai kumpulan pengganas.
Surat tersebut bertarikh 12hb Febuari 2020 dan diedarkan pada ketika pihak-pihak tertentu dari PAS bertegas agar DAP diharamkan atas penglibatannya dengan LTTE.
Ini termasuklah Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS, yang mendakwa pemimpin DAP yang ditahan polis terbukti terlibat dengan LTTE sedangkan polis sendiri mengklasifikasi pemimpin itu sebagai suspek, bukannya penjenayah.
Justeru, PAS dilihat sudah membuat keputusan bahawa DAP merupakan kumpulan pengganas kerana terlibat secara langsung dengan LTTE dan perlu diharamkan demi menjamin keselamatan negara.
Tahukah anda siapa yang akhirnya mempertahankan DAP?
Orang itu tak lain tak bukan Muhyiddin, yang pada 29hb Oktober 2019, mengisytiharkan bahawa DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.
Pada 22hb Febuari 2020 pula, dua hari selepas surat yang kononnya dihantar oleh Mahathir kepada Muhyiddin ditulis, Muhyiddin mengesahkan bahawa LLTE merupakan kumpulan pengganas
Manakala itu, PAS tidak dapat menerima pengisytiharan Muhyiddin yang bertarikh 29hb Oktober 2019 itu dan terus mendesak agar DAP diharamkan.
Saya sendiri pernah mendesak agar pihak polis menyiasat penglibatan DAP dengan kumpulan LTTE tetapi tidak pernah menentang polisi Kementerian Dalam Negeri atau mengisytiharkan DAP sebagai kumpulan pengganas tanpa asas kukuh.
Walaubagaimanapun, PAS kini senyap berhubung isu LTTE biarpun bersama dengan Muhyiddin dan PPBM dalam gabungan Perikatan Nasional.
Kesemua ini membuktikan:
1. PAS menimbulkan persepsi kononnya DAP merupakan parti pengganas biarpun Muhyiddin sendiri, yang kini bergelar Perdana Menteri dan bersekutu dengan PAS, mengisytiharkan bahawa DAP tidak terlibat dengan LTTE.
2. Muhyiddin tidak terpengaruh dengan desakan oleh mana-mana pihak dan membuat keputusan sendiri apabila mengisytiharkan bahawa DAP tidak terlibat dengan LTTE.
3. Muhyiddin menyelamatkan DAP daripada diharamkan dan secara langsung menangkis persepsi kononnya DAP adalah parti pengganas.
Inilah yang gagal disampaikan kepada rakyat oleh pihak yang menularkan surat Mahathir yang jelas ingin mempengaruhi pengundi Slim sempena Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri itu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
