Muhyiddin seru ahli PPBM sabar

Muhyiddin dakwa Dr Mahathir bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين سرو اهلي ڤڤبم صبر

Lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bukan dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Justeru, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua ahli Bersatu bersabar dan bertenang susulan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin parti itu terlucut.

Jelas Muhyiddin, beliau tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.

“Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan tindakan berlandaskan perlembagaan parti. Tiada individu yang mengatasi perlembagaan parti.”


SHAH ALAM: Lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bukan dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Justeru, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua ahli Bersatu bersabar dan bertenang susulan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin parti itu terlucut.




“Saya berharap ahli Bersatu dapat bersabar dan bertenang menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Dr Mahathir, empat lagi ialah yang lain ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Jelas Muhyiddin, beliau tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.

“Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan tindakan berlandaskan perlembagaan parti. Tiada individu yang mengatasi perlembagaan parti.

“Saya yakin dan percaya Bersatu akan terus teguh. Kita menghadapi banyak cabaran dari awal parti ini dan kita tidak berjuang untuk individu tetapi agama, bangsa dan negara.

“Dr Mahathir bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan Dr Mahathir, saya ucapkan selamat maju jaya.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...