
محي الدين تاكوت جومڤا امنو بينچڠ شرط بهارو؟
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengelak daripada berjumpa dengan pimpinan UMNO bagi membincangkan syarat baru kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.
Menurut laporan, beberapa pemimpin UMNO cuba untuk berjumpa dengan Muhyiddin sejak mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan baru-baru ini tetapi tidak berjaya berbuat demikian.
Pada 26hb Oktober 2020, UMNO mengumumkan bahawa parti itu akan terus menyokong Muhyiddin namun menggesa penambahbaikan dalam kerjasamanya dengan Perikatan Nasional atas dasar hormat menghormati dan konsensus politik.
Dalam mesyuarat itu, hanya satu keputusan nyata yang dicapai, iaitu persetujuan MKT UMNO agar parti itu tidak bekerjasama dengan DAP dan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat MKT UMNO pada 29hb Oktober pula menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperhalusi syarat-syarat parti itu.
IPOH: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengelak daripada berjumpa dengan pimpinan UMNO bagi membincangkan syarat baru kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.
Menurut laporan Malaysiakini, beberapa pemimpin UMNO cuba untuk berjumpa dengan Muhyiddin sejak mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan baru-baru ini tetapi tidak berjaya berbuat demikian.
“PM sepatutnya berjumpa dengan seorang pemimpin utama Umno pada Rabu atau Khamis minggu lepas.
“Tetapi, tidak jadi. Sebabnya PM terlalu sibuk. Sekali lagi, PM tidak dapat jumpa semalam atas alasan dia perlu ke Pagoh.”
“Jadi, kami fikir Muhyiddin mengelak berjumpa UMNO untuk bincang syarat baru,” seorang sumber yang tidak dinamakan didakwa berkata.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini syarat-syarat baru yang sepatutnya diserahkan kepada Muhyiddin dalam usaha Umno kekal sokong Bersatu dalam Kerajaan PN.
Menurutnya, kerjasama antara UMNO dan Bersatu bergantung persetujuan kedua-dua pihak dalam isu syarat ini.
“Biarpun MT Umno sebelum ini turut membuat keputusan bahawa ahli parlimen Umno akan memberikan sokongan kepada Kerajaan PN namun samada sokongan ini kekal berterusan sangat ditentukan maklumbalas PM terhadap syarat yang akan dikemukakan oleh Umno kelak,” katanya.
Pada 26hb Oktober 2020, UMNO mengumumkan bahawa parti itu akan terus menyokong Muhyiddin namun menggesa penambahbaikan dalam kerjasamanya dengan Perikatan Nasional atas dasar hormat menghormati dan konsensus politik.
Dalam mesyuarat itu, hanya satu keputusan nyata yang dicapai, iaitu persetujuan MKT UMNO agar parti itu tidak bekerjasama dengan DAP dan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat itu diadakan sehari selepas Yang Di-Pertuan Agong memutuskan untuk menolak permintaan Muhyiddin agar Darurat diisytiharkan atas alasan perlunya memerangi wabak Covid-19 dengan lebih efektif.
Ada yang berpendapat bahawa MKT UMNO mengambil kesempatan atas penolakan ini dengan menekan Muhyiddin agar beliau bersetuju dengan semua syarat parti itu bagi memastikan UMNO tidak menentang Belanjawan 2021.
Malaysiakini turut memetik sumbernya sebagai berkata, mesyuarat MKT UMNO pada 29hb Oktober menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperhalusi syarat-syarat parti itu.
“Umno telah tubuhkan jawatankuasa merangkumi empat orang. Diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan tiga ahli masing-masing Setiausaha Agung Ahmad Maslan, bekas menteri besar Perak Zambry Abdul Kadir dan bekas menteri kewangan II, Johari Abdul Ghani.
“Jawatankuasa ini akan mencadangkan pra syarat kesinambungan kerjasama Umno dan Bersatu,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
