Muhyiddin terus-menerus menghina maruah Raja-Raja Melayu tanpa segan silu

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat di sini melanggar SOP pelitup muka. Sumber (gambar): Fail TTF

“Rumusannya, Muhyiddin sedang menghina Raja-Raja Melayu secara terus-menerus tanpa segan atau silu dan menyampaikan satu mesej buruk kepada rakyat, bahawa kerajaan pimpinannya terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan maruah Raja-Raja Melayu”

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين تروس-منروس مڠهينا راج-راج ملايو تنڤا سڬن سيلو

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Parlimen boleh berisdang esok atau lusa, dan perkara ini tidak menjadi masalah.

Di bawah Darurat yang dikuatkuasakan pada 12hb Januari 2021 dan berdasarkan peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, parlimen boleh bersidang pada bila-bila masa berdasarkan kehendak Yang Di-Pertuan Agong.




Meskipun Seri Paduka Baginda Tuanku tidak menetapkan tarikh persidangan perlu diadakan, persefahaman Raja-Raja Melayu berhubung perlunya parlimen bersidang ‘secepat mungkin’ atau ‘segera’ amat jelas berdasarkan hujah-hujah yang diketengahkan di bawah:

BACA HUJAH-HUJAH DI SINI

Hakikatnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan bila parlimen harus bersidang di bawah Darurat ini tanpa perlu merujuk kepada Muhyiddin ataupun menunggu nasihat Perdana Menteri.

Malah, kuasa ini dipersetujui oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin sendiri menerusi penggubalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dimasyurkan oleh Yang Di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Seksyen 14 (1B), bagi tempoh Darurat berkuatkuasa, Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Tidak ada rujukan atau seksyen-seksyen lain dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang perlu dibaca bersama yang membawa maksud kuasa Yang Di-Pertuan Agong sepertimana yang ditetapkan bawah Seksyen 14 (1B) tertakluk kepada nasihat daripada Perdana Menteri.

Justeru, selagi Darurat berkuatkuasa, Yang Di-Pertuan Agong tidak perlu menunggu sehingga dinasihatkan oleh Muhyiddin untuk memanggil sidang parlimen dan boleh menentukan sendiri bila masa yang paling sesuai untuk parlimen bersidang.

Muhyiddin sememangnya sedar bahawa tidak perlu notis 28 hari untuk Parlimen bersidang kerana negara kini berada dalam darurat dan tertakluk kepada peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Loading...

Malah, di bawah Darurat ini, Yang Di-Pertuan Agong boleh pecat Perdana Menteri pada bila-bila masa, sepertimana yang dijelaskan oleh Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini.

Tetapi Yang Di-Pertuan Agong masih sudi membenarkan Muhyiddin menentukan tarikh persidangan parlimen kerana Raja-Raja Melayu berada di atas politik dan tidak ingin dilihat mencampuri urusan eksekutif secara langsung.

Raja-Raja Melayu turut sedang bersantun dengan Muhyiddin secara halus sambil bertegas, menerusi persefahaman yang dicapai, bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin telah gagal dan perlu ada perubahan dan sidang parlimen.

Tetapi Muhyiddin nampaknya tidak ingin mengalah dan rela menghina Raja-Raja Melayu kerana tidak ingin mengkaji secara mendalam maksud “segera” atau “secepat mungkin.”

Ini terbukti apabila Muhyiddin tidak mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak Istana Negara bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung maksud “segera” atau “secepat mungkin” sebelum membuat sebarang kenyataan.

Ini secara langsung memberikan ruang kepada Muhyiddin dan menterinya untuk membuat tafsiran sendiri dan mengorak langkah yang dilihat bertujuan melenggahkan lagi sidang parlimen.

Perkara ini terbukti apabila Muhyiddin mengumumkan penubuhan “Jawatankuasa selidik sidang parlimen” yang masih belum ditubuhkan.

Apa yang pelik, Muhyiddin tiba-tiba ingin bersidang dan berunding dengan pemimpin-pemimpin blok kerajaan dan pembangkang berhubung tarikh sidang parlimen sedangkan Yang Di-Pertuan Agong bersusah payah bertemu dengan 18 pemimpin politik dan pakar-pakar serta ketua-ketua agensi kerajaan bagi mendapatkan maklum balas sebelum memutuskan bahawa parlimen perlu segera bersidang.

Malah, Raja-Raja Melayu turut mengadakan satu siri perbincangan yang amat tertib, bermula di peringkat negeri, dengan memanggil pakar-pakar dari agensi-agensi berkaitan dan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat bagi mendapatkan maklum balas berhubung situasi terkini membabitkan pentadbiran negeri.

Kesemua ini menjadikan cadangan Muhyiddin satu penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu yang meluangkan begitu banyak masa untuk mencapai kata sepakat berhubung masalah-masalah negara yang gagal diselesaikan oleh Muhyiddin sendiri malah ada diantaranya ditimbulkan oleh kerajaan pimpinan beliau.

Rumusannya, Muhyiddin sedang menghina Raja-Raja Melayu secara terus-menerus tanpa segan atau silu dan menyampaikan satu mesej buruk kepada rakyat, bahawa kerajaan pimpinannya terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan maruah Raja-Raja Melayu.

WAJIB BACA: 

Malaysia tidak perlu jawatankuasa teliti sidang parlimen, Malaysia perlu Muhyiddin patuh titah Tuanku dan segera bersidang



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...