
“Memandangkan desakan bertimbun agar usul tidak percaya dijadikan agenda utama apabila parlimen bersidang dan bagi mengelakkan berlakunya pertimbangan politik apabila tiba masanya Belanjawan 2021 diundi, Muhyiddin harus membenarkan usul itu dibentangkan pada hari pertama parlimen bersidang”
Raggie Jessy Rithaudeen
Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya menjadikan usul tidak percaya terhadapnya sebagai agenda utama apabila parlimen bersidang pada 2hb November ini bagi mengelakkan Belanjawan 2021 dijadikan medium bagi merealisikan undi tersebut.
Ini susulan tindakan seramai 25 ahli Parlimen pembangkang yang setakat ini mengemukakan usul menentang Perdana Menteri berdasarkan draf Aturan Urusan Mesyuarat pada sidang Parlimen yang bakal bermula.
Ini sekaligus menjadikannya agenda yang tidak boleh dipandang remeh, lebih-lebih lagi memandangkan usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dikemukakan begitu lama, sebelum sidang parlimen khas pada 18hb Mei lalu.
Menurut mantan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof, beliau menerima usul Mahathir pada 8hb Mei 2020 dan membalas notis yang dihantar Mahathir dengan memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Walauagaimanapun, usul itu tidak pernah dibentangkan apabila Dewan Rakyat bersidang semula selama 25 hari bermula 13hb Julai 2020 dan berakhir 27hb Ogos 2020 kerana diletakkan pada akhir sidang Dewan Rakyat.
Kesemua ini menimbulkan tanda tanya samada Muhyiddin benar-benar memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen memandangkan beliau tidak pernah membuktikan sokongan itu semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri.
Keraguan berhubung sokongan terhadapnya diperhangatkan lagi susulan penularan surat sokongan Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Sokongan terhadap Muhyiddin turut diragui susulan mesyuarat kepimpinan UMNO baru-baru ini di mana beberapa ahli parlimen dari parti itu terang-terang mengaku menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan inginkan Muhyiddin berundur.
Kini, memandangkan desakan bertimbun agar usul tidak percaya dijadikan agenda utama apabila parlimen bersidang dan bagi mengelakkan berlakunya pertimbangan politik apabila tiba masanya Belanjawan 2021 diundi, Muhyiddin harus membenarkan usul itu dibentangkan pada hari pertama parlimen bersidang.
Tidak ada sebab Muhyiddin harus menidakkan pembentangan ini jika benar beliau menghormati tuntutan Perlembagaan Persekutuan dan pross demokrasi yang mengharuskan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri diuji demi memastikan pihak yang menjawat jawatan itu benar-benar layak bergelar Perdana Menteri.
BACA JUGA:
LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM, INDIVIDU KEDUA YANG CABAR KEPUTUSAN AGONG TIDAK ISYTIHAR DARURAT
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
