Muhyiddin tidak akan angkat sumpah Perdana Menteri, Anwar gagal dapat majoriti

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين تيدق اكن اڠكت سومڤه ڤردان منتري، انور ڬاڬل داڤت ماجوريتي

Terdapat dua berita yang tengah tular pada ketika ini berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-8. Berita pertama datangnya terus daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana beliau berkata Pakatan Harapan (PH) sudahpun memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Berita kedua pula datangnya daripada kumpulan-kumpulan penyokong Muafakat Nasional (MN), di mana mereka mengumumkan bahawa Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada pukul 10 pagi ini (Sabtu, 29hb Febuari 2020).




Kedua-dua berita ini adalah palsu, kerana kedua-dua Muhyiddin dan Anwar masing-masing tidak memiliki sokongan majoriti dan turut tidak mendapat sokongan penuh kesemua ahli parlimen dari parti masing-masing.

Ya, kedua-dua puak ini (PH dan kumpulan penyokong MN) sedang giat bermain persepsi sehingga sanggup menyebarkan berita palsu. Atas kesedaran inilah saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini dengan niat memberikan gambaran jelas apa yang benar-benar sedang berlaku (lihat versi Inggeris di hujung bawah).

Saya sebenarnya tidak tahan melihat gelagat orang ramai yang suka membuat andaian-andaian prejudis apabila disajikan dengan maklumat tertentu. Saya berharap pendedahan ini sedikit-sebanyak dapat membantu meletakan perkembangan politik terkini dalam perspektif yang berlandaskan kebenaran, bukannya andaian semata-mata.

Dengan tidak melengahkan masa lagi, berikut adalah penilaian ringkas dan padat saya berhubung Langkah Mahathir dan kemelut politik yang melanda tanah air pada ketika ini:

1. Akuan Bersumpah menyokong Mahathir

Kesemua yang berlaku pada ketika ini bermula apabila kem Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mengumpul sejumlah besar Akuan Bersumpah (SD) yang menyokong kepimpinan berterusan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Untuk tujuan artikel ini, saya akan labelkan “koleksi SD” ini sebagai “Platform Nombor Satu.”

2. Yang di-Pertuan Agong berjumpa ahli-ahli parlimen

Yang di-Pertuan Agong sebenarnya berbuat demikian untuk menilai kesahihan keterangan yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen yang menandatangani SD-SD sokongan terhadap Mahathir. Untuk tujuan ini, Tuanku berkenan bertemu denagn kesemua ahli parlimen, satu demi satu, untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka dan menilai pandangan sebenar mereka berhubung situasi politik semasa. Kita akan labelkan langkah ini sebagai “Platform Nombor Dua.”

3. Agong memutuskan perlu diadakan sidang khas Dewan Rakyat

Disebabkan terdapat percanggahan antara apa yang disebutkan dalam SD dan maklum balas yang disampaikan oleh beberapa ahli Parlimen secara peribadi kepada Agong, Tuanku berpendapat bahawa platform baru perlu diwujudkan untuk membuat perhitungan sokongan sebenar ahli-ahli parlimen terhadap Mahathir menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Justeru, Tuanku memutuskan untuk diadakan sidang khas Dewan Rakyat yang akan saya labelkan sebagai “Platform Nombor Tiga.”

Loading...

4. Speaker Dewan Rakyat menolak sidang khas

Tidak lama selepas itu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk tidak diadakan sidang khas Dewan Rakyat pada 2hb Mac 2020. Menurut laporan, Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memberitahu Tuanku bahawa beliau tidak dapat tunaikan permintaan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diadakan sidang khas kerana permintaan tersebut tidak mematuhi ‘Standing Order’ 11 (3). Ini bermakna “Platofrm Nombor Tiga” tidak lagi wujud, sekaligus bermakna Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini mempunyai dua keputusan berasingan berhubung kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu:

a. “Platform Nombor Satu,” di mana Mahathir memiliki majoriti besar, dan

b. “Platform Nombor Dua,” di mana tiada ahli Parlimen mendapat majoriti

5. Keputusan di tangan Agong

Untuk makluman, Yang di-Pertuan Agong sebenarnya tidak pernah meminta diwujudkan “Platform Nombor Satu yang Baharu” untuk melakukan penilaian semula sokongan ahli-ahli parlimen menerusi pengumpulan SD-SD baru. Ini bermakna Tuanku kini bebas untuk memutuskan salah satu dari yang berikut:

a. samada Tuanku ingin menggunakan keputusan “Platform Nombor Satu” (SD yang sedia ada) untuk mengisytiharkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, atau

b. jika Tuanku ingin menggunakan keputusan “Platform Nombor Dua” untuk mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim atau membubarkan terus Dewan Rakyat.

6. Ahli-ahli parlimen cuba wujudkan “Platform Nombor Satu yang Baharu”

Walaupun Agong masih belum bertitah, ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah sudah memandai-mandai mengumpul SD-SD baru, dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi calon Perdana Menteri bagi blok PPBM-UMNO-PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim calon bagi blok PKR-DAP-AMANAH.

Masalahnya, ketika Mahathir ‘dicalonkan’ oleh PPBM sebelum ini, beliau berjaya mengumpul SD dalam bilangan yang agak banyak, jauh melebihi keperluan majoriti mudah di Dewan Rakyat. Ini memyebabkan Anwar mendapat jumlah yang tidak begitu memuaskan. Namun, beberapa ahli Parlimen yang menandatangani SD sokongan terhadap Mahathir berpaling tadah apabila bertemu dengan Agong secara peribadi .

Kini, apabila Muhyiddin dicalonkan bagi jawatan Perdana Menteri, beliau dilihat sedang bersaing sengit dengan Anwar dalam perlumbaan mengumpul SD, sekaligus bermakna Mahathir merupakan calon yang jauh lebih hebat dan kuat daripada Muhyiddin.

7. Adakah Agong akan wujudkan “Platform Nombor Dua yang Baharu?”

Andai kata Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan usaha “mengumpul SD-SD baru” ini, ianya akan terus menjadi “Platform Nombor Satu yang Baharu.” Ini bermakna Agong perlu sekali lagi berjumpa dengan setiap seorang ahli parlimen apabila Tuanku menerima kesemua SD yang dikumpulkan itu.

Persoalannya, adakah Tuanku sanggup berbuat demikian sedangkan Tuanku masih belum membuat apa-apa pengumuman rasmi? Jika ya pun Tuanku berbuat demikian, apakah jaminan ahli-ahli Parlimen yang bertemu dengan Tuanku tidak akan menikam Muhyiddin dari belakang sepertimana mereka menikam Mahathir sebelum ini?

Jangan lupa, Mahathir sah memperolehi sokongan dalam bilangan yang jauh lebih besar daripada Muhyiddin tetapi masih dipermainkan. Bukankah ini bermakna risiko untuk Muhyiddin kecundang teramat besar?

Jadi mengapakah harus Yang di-Pertuan Agong mewujudkan “Platform Nombor Satu yang Baharu” sedangkan Tuanku sudahpun memiliki keputusan “Platform Nombor Satu” asal yang sah?

Sekarang adakah anda faham apa yang benar-benar sedang berlaku?

Saya rasa pasukan Muhyiddin sudah terlajak langkah …

Inilah sahaja yang dapat saya kongsikan buat ketika ini. Cerita ini sebenarnya ada sambungan, tetapi sebagai menghormati Institusi Diraja, saya tidak akan terbitkan bahagian kedua ataupun membuat Sidang Media Live (menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen) selagi Yang di-Pertuan Agong tidak membuat pengumuman rasmi.

VERSI BAHASA INGGERIS:

The Mahathir Move: The real dilemma almost everyone is not aware of…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...