MUHYIDDIN YASSIN SEDANG ‘MEMBAKAR NEGARA’, CADANGAN KERAJAAN PERPADUAN MAHATHIR PENYELESAIAN TERBAIK, TAK PERLU DARURAT

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri), Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan). Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat nombor satu negara. Dia sedang membakar dan merosakkan negara kita demi untuk mempertahankan kedudukannya yang tiada lagi sokongan majoriti.

Perdana Menteri ke lapan ini amat rakus kuasa dan beliau tidak sanggup untuk melihat catatan sejarah sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah kepimpinan negara.

Beliau tidak mempunyai pilihan lagi kecuali samada mencadangkan kepada DYMM Agong samada untuk membubarkan parlimen bagi isytihar darurat ataupun menunda sidang Dewan Rakyat tanpa membubar parlimen.




Inilah kegilaan kuasa Muhyiddin Yassin dan kerajaan ‘tebuk atapnya’. Dari mula penubuhan kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatak Nasional ini sudah tidak betul.

Kalangan ‘haprak’ serta kleptokrats ini hanya mahu kuasa bukan untuk mentadbir kearah membina semula negara.

Sebab itu sehingga kini sesama parti-parti dari kerajaan Perikatak Nasional hanya berkelahi berebut jawatan mahupun kuasa sehingga kini.

Apapun kita yakin bahawa KDYMM Agong amat bijaksana dan tahu kaedah terbaik untuk menangani kemelut politik dan ekonomi termasuk pandemik Covid-19 yang tidak menentu.

Inilah masa yang terbaik untuk KDYMM Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengendalikan kemelut kepimpinan negara secara terbaik mungkin.

Rakyat hanya menyandarkan harapan pada KDYMM Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu. ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’.

Sesungguhnya juga, inilah masa terbaik untuk KDYMM Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu membuktikan kebijaksanaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu menangani kemelut politik, ekonomi dan pandemik Covid-19 secara berkesan serta terbaik mungkin demi masa depan kesejahteraan rakyat.

Loading...

Keseluruhan rakyat sudah menyampah dengan kepimpinan negara pada hari ini.

Terbukti kerajaan ‘Perikatak Nasional’ sudah gagal dan tak mampu tadbir negara sepertimana pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu.

Kini barulah rakyat sedar ‘siapa permata dan siapa kaca’. Negara kita tidak perlu pada undang-undang Darurat.

Cadangan kerajaan perpaduan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjawat jawatan PM7 merupakan satu pendekatan terbaik bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran negara masakini.

Undang-undang Darurat hanyalah kaedah bagi menyelamatkan Muhyiddin Yassin semata-mata dari dijatuhkan sebagai Perdana Menteri ke lapan yang paling pendek tempoh dibandingkan dengan kesemua Perdana Menteri yang lepas.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...