
Khairuddin Abu Hassan
محي الدين يسٓ تق فهم بهاس، تق فهم اساس اوندڠ-اوندڠ
Sebenarnya Muhyiddin Yassin telah salah tafsir tindakan saman pemula kami di mahkamah baru-baru ini yang memohon mahkamah untuk buat keputusan mengenainya.
Sesungguhnya, tidak ada siapa pun dari kalangan kami yang cuba mencabar Darurat. Tidak pernah kami semua cabar darurat.
Sepertimana yang tertakluk di bawah perkara (150) Perlembagaan Persekutuan; pengisytiharan proklamasi darurat adalah di bawah hak KDYMM Agong.
Tetapi dalam kes yang kami sedang bawa ke mahkamah adalah mencabar keujudan keabsahan perdana menteri tatkala di hari Muhyiddin Yassin mengadap seterusnya menasihati KDYMM Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Pada hari Muhyiddin Yassin mengadap KDYMM Agong untuk menasihati baginda mengisytihar proklamasi darurat; Muhyiddin Yassin pada 11 januari 2021 sudah tidak mempunyai sokongan majoriti dari kalangan ahli-ahli parlimen lagi.
Situasi tersebut tidak sah bagi Muhyiddin Yassin serta peguam negara untuk ‘misled’ KDYMM Agong bagi tujuan pengisytiharan proklamasi darurat.
Tindakan undang-undang kami adalah berteraskan kepada isu Muhyiddin Yassin tiada keabsahan dan hilang sokongan majoriti untuk menasihati KDYMM Agong bagi tujuan tesebut.
Tidak ada seorang pun dari kami yang mencabar darurat.
Tindakan kami membuktikan kami amat memahami asas undang- undang tetapi kenyataan Muhyiddin Yassin dalam perutusan beliau telah tersimpang jauh serta membuktikan bahawa perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap’ PN ini tidak faham asas undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
WAJIB BACA:
Tuduhan tidak berasas Muhyiddin dalam perutusan terkini keruhkan lagi keadaan
Loading...
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
