
زياره عيدالفطري دبنركن، تاڤي…
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata ziarah-menziarahi masih boleh diadakan keitka menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi dengan syarat tertentu.
Dalam perutusan khas yang disiarkan oleh stesen RTM, Muhyiddin menjelaskan, ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa
Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata biarpun kerajaan membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah, ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.
“Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya dalam wawancara eksklusif yang diterbitkan oleh portal Berita Harian.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata ziarah-menziarahi masih boleh diadakan keitka menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi dengan syarat tertentu.
Dalam perutusan khas yang disiarkan oleh stesen RTM, Muhyiddin menjelaskan, ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa
” Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” katanya dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung.
Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata biarpun kerajaan membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah, ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.
“Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya dalam wawancara eksklusif yang diterbitkan oleh portal Berita Harian.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
