
مجاهد دعوا امنو، ڤاس سريڠ ايسو ڤرقومان، اڬام سمڤيت
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad bersama UMNO dan PAS, bertujuan memperbetulkan kejumudan dua parti berkenaan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, pertemuan berlaku selepas Perdana Menteri menyedari gaya berfikir dua parti terbabit tidak membantu kepentingan negara dalam fasa kritikal kini.
Beliau juga mempersoalkan sama ada gaya pemikiran UMNO dan PAS yang sering memainkan isu perkauman dan agama sempit dalam semua keputusan dan usaha perubahan diusahakan PH seperti isu Tabung Haji dan pengajaran Jawi itu, layak membina negara.
Katanya, dalam usaha meraih sokongan politik, UMNO dan PAS sanggup memfitnah, berbohong dan memanipulasi kenyataan kerajaan dengan niat memutarbelitkannya demi meraih sokongan politik.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad bersama UMNO dan PAS, bertujuan memperbetulkan kejumudan dua parti berkenaan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, pertemuan berlaku selepas Perdana Menteri menyedari gaya berfikir dua parti terbabit tidak membantu kepentingan negara dalam fasa kritikal kini.
“Memang isu Melayu dan Islam perlu ditangani, tetapi dalam kerangka pemikiran bagaimana? Itulah yang Dr Mahathir mahu jelaskan kepada UMNO dan PAS.
“Begitu juga keseluruhan kepemimpinan Malaysia baharu hari ini yang terbuka mengajak semua pihak untuk sama-sama menyokong pemikiran yang progresif dan inklusif, sekali gus menolak pemikiran sempit agama dan kaum supaya seluruh rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama.
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Gagasan Rahmah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat (RAHMAH) adalah pelantar membentuk Malaysia Baharu yang perlu didukung bersama,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
Januari lalu, foto memaparkan Dr Mahathir menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mencetus khabar angin bahawa ada usaha membawa PAS menyertai Pakatan Harapan (PH).
Pada masa sama, Mujahid berkata, ‘bersama’ yang dimaksudkan pihaknya bukan bermakna mencairkan identiti kepartian masing-masing, tetapi kritikan yang dibuat haruslah bertujuan menguntungkan rakyat bukannya atas nama kepentingan politik sempit.
Beliau turut bertanya sama ada UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional mampu bersifat progresif untuk memimpin perubahan negara ke arah lebih baik.
“Jika PAS dan UMNO mahu bergabung, biarlah saingan itu mendasari idea progresif ke arah perubahan lebih baik untuk negara kerana hanya dengan persaingan sihat, rakyat akan menikmati dasar lebih menguntungkan.
“Soalnya mampukah UMNO dan PAS punya kerangka berfikir paling asas ini? Adakah mereka cukup progresif untuk memimpin perubahan ke arah lebih baik?” katanya.
Beliau juga mempersoalkan sama ada gaya pemikiran UMNO dan PAS yang sering memainkan isu perkauman dan agama sempit dalam semua keputusan dan usaha perubahan diusahakan PH seperti isu Tabung Haji dan pengajaran Jawi itu, layak membina negara.
Katanya, dalam usaha meraih sokongan politik, UMNO dan PAS sanggup memfitnah, berbohong dan memanipulasi kenyataan kerajaan dengan niat memutarbelitkannya demi meraih sokongan politik.
“PAS dengan gaya politiknya yang lebih berkhayal di alam utopia daripada berpijak di dunia realiti dengan mendakwa hanya mereka sahaja layak membawa Islam, manakala UMNO yang dulunya progresif kini merangkul kejumudan dan sanggup bermainkan sentimen kaum yang murahan.
“Apakah sentimen sedemikian yang akan menentukan masa depan negara?” soalnya.
Sumber:
