Mujahid mesti mohon maaf, letak jawatan

“Saya menggesa Wisma Putra segera menjelaskan sama ada kenyataan Dr. Mujahid Yusof itu adalah mewakili pendirian dan dasar rasmi Kerajaan dalam hubungan antarabangsa atau ia hanyalah kenyataan peribadi beliau” – Dr Mohd Khairuddin. Sumber (gambar): Fail TTF

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri

KENYATAAN Dr. Mujahid Yusof yang menganggap concentation campyang sebenarnya bertujuan bagi menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti sebagai ‘pusat latihan’ dan menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu dari China’ adalah amat mendukacitakan kerana memperlihatkan sokongan beliau kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

Saya merasakan beliau sama ada tidak meneliti berita sebenar mengenai nasib umat Islam Uighur sedangkan banyak penulisan mengenai perkara itu diterbitkan termasuk dalam jurnal akademik atau beliau hanya menyuarakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai perkara ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri. [Beberapa liputan antarabangsa mengenai Uighur saya senaraikan di bawah]




Amat tidak patut sekali beliau menunjukkan sokongan kepada China dalam isu yang sedang mendapat perhatian oleh pelbagai negara serta agensi dan pertubuhan sehingga ke peringkat antarabangsa yang sedang berusaha memberikan tekanan kepada China bagi menamatkan krisis kemanusiaan di negara itu.

Saya menggesa Wisma Putra segera menjelaskan sama ada kenyataan Dr. Mujahid Yusof itu adalah mewakili pendirian dan dasar rasmi Kerajaan dalam hubungan antarabangsa atau ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.

Jika ia adalah kenyataan peribadi beliau, maka amat wajar Kabinet mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Menteri itu dan beliau mesti segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia atau meletakkan jawatan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...