Mukhriz: Ada pihak cuba gagalkan pendaftaran PEJUANG

Mukhriz berharap agar ketulusan dapat ditonjolkan pihak JPPM selain “pihak tertentu” yang didakwa terlibat dalam menghalang pendaftaran Pejuang agar tidak takut dengan kekuatan parti itu dan menghormati amalan demokrasi yang wujud di negara ini. Sumber (gambar): Fail TTF

مخريز: اد ڤيهق چوبا ڬاڬلكن ڤندفترن ڤجوڠ

Presiden (Penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, terdapat pihak yang cuba menghalang dan mengagalkan pendaftaran parti itu ketika ini.

Menurut beliau, pihaknya sudah memenuhi segala syarat yang diperlukan oleh pihak berkuasa, namun Pejuang masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Tegas Mukhriz, Jawatankuasa Penaja Parti ketika ini masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada JPPM berhubung perkara berkenaan walaupun pertemuan telah dilakukan bersama pegawai di jabatan itu.

“Saya nampak mungkin ada (pihak yang menghalang), daripada pandangan saya memang ada lah, kalau tidak (ada yang halang), sepatutnya sudah boleh diluluskan (pendaftaran parti), kalau ikut KPI (petunjuk prestasi utama) RoS, dia ada dia punya timeline, jadi apa gunanya ada KPI macam itu kalau tidak maklum kepada kita apa lagi yang diperlukan dan kalau tiada (apa yang belum lengkap), kenapa (RoS) tak luluskan?”


ALOR SETAR: Presiden (Penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, terdapat pihak yang cuba menghalang dan mengagalkan pendaftaran parti itu ketika ini.

Menurut beliau, pihaknya sudah memenuhi segala syarat yang diperlukan oleh pihak berkuasa, namun Pejuang masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).




Tegas Mukhriz, Jawatankuasa Penaja Parti ketika ini masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada JPPM berhubung perkara berkenaan walaupun pertemuan telah dilakukan bersama pegawai di jabatan itu.

Susulan itu, Mukhriz berharap agar ketulusan dapat ditonjolkan pihak JPPM selain “pihak tertentu” yang didakwa terlibat dalam menghalang pendaftaran Pejuang agar tidak takut dengan kekuatan parti itu dan menghormati amalan demokrasi yang wujud di negara ini.

“Saya nampak mungkin ada (pihak yang menghalang), daripada pandangan saya memang ada lah, kalau tidak (ada yang halang), sepatutnya sudah boleh diluluskan (pendaftaran parti), kalau ikut KPI (petunjuk prestasi utama) RoS, dia ada dia punya timeline, jadi apa gunanya ada KPI macam itu kalau tidak maklum kepada kita apa lagi yang diperlukan dan kalau tiada (apa yang belum lengkap), kenapa (RoS) tak luluskan?

“Kita amalkan demokrasi, menang kalah tu biasa lah kan, kita serah kepada rakyat, jadi kalau awal-awal lagi dah tahan (tidak luluskan Pejuang) macam mana kita mahu hidupkan demokrasi,” kata Mukhriz.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Kedah oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, di sini pada Ahad.

Source:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...