
مخريز دعوا ڤماجو لاڤڠن تربڠ كوليم اونتوڠ ‘اتس اڠين’ تنڤا باير سسن
Kumpulan ECK belum membuat sebarang pembayaran berhubung projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), yang dibangunkan secara bersama dengan kerajaan negeri, namun syarikat itu didakwa sudah meraih keuntungan “atas angin”, dedah Mukhriz Mahathir, hari ini.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata, beliau dimaklumkan kerajaan negeri bahawa ECK akan membelanjakan RM6 bilion dalam fasa pertama pembangunan, termasuk RM2 bilion bagi tujuan pengambilan tanah.
Beliau berkata, pada hari sama sewaktu perjanjian perkongsian antara ECK dan kerajaan Kedah ditandatangani, ECK juga telah memeterai perjanjian dengan syarikat pemaju hartanah untuk membangunkan komponen perumahan membabitkan tanah seluas 135 ekar.
“Kebimbangan saya ialah sambil kerajaan Kedah mahupun KXPACH tidak menerima barang sesen pun daripada ECK mahupun Ivory Properties, ECK telah pun meraih keuntungan atas angin dengan ‘menjual’ projek perumahan kepada Ivory Properties,” kata Mukhriz.
PETALING JAYA: Kumpulan ECK belum membuat sebarang pembayaran berhubung projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), yang dibangunkan secara bersama dengan kerajaan negeri, namun syarikat itu didakwa sudah meraih keuntungan “atas angin”, dedah Mukhriz Mahathir, hari ini.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata, beliau dimaklumkan kerajaan negeri bahawa ECK akan membelanjakan RM6 bilion dalam fasa pertama pembangunan, termasuk RM2 bilion bagi tujuan pengambilan tanah.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Beliau berkata, pada hari sama sewaktu perjanjian perkongsian antara ECK dan kerajaan Kedah ditandatangani, ECK juga telah memeterai perjanjian dengan syarikat pemaju hartanah untuk membangunkan komponen perumahan membabitkan tanah seluas 135 ekar.
TONTON: UMNO BUNYI SEMBOYAN
“Saya mendapat pengesahan bertulis daripada kerajaan Negeri bahawa Kumpulan ECK sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak KXP Airportcity Holdings Sendirian Berhad (KXPACH) mahupun kerajaan negeri,” kata presiden Pejuang itu dalam kenyataan.
Dalam perjanjian perkongsian ditandatangani pada Ogos lalu bagi pembinaan KXP menjelang 2026 menyatakan ECK akan menguasai 80% ekuiti dalam projek berkenaan, manakala kerajaan negeri akan memiliki ekuiti selebihnya menerusi KXP AirportCity.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri meletakkan tanah yang dikenal pasti mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menghalang sebarang transaksi ke atas tanah tersebut antara pemilik tanah dengan mana-mana pembeli.
Bagaimanapun, sekatan Seksyen 4 ini hanya boleh dikuatkuasakan selama dua tahun sahaja.
“Kebimbangan saya ialah sambil kerajaan Kedah mahupun KXPACH tidak menerima barang sesen pun daripada ECK mahupun Ivory Properties, ECK telah pun meraih keuntungan atas angin dengan ‘menjual’ projek perumahan kepada Ivory Properties,” kata Mukhriz.
Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor tampil memberi penjelasan telus berkenaan perkara dibangkitkan.
Lapangan terbang dicadangkan itu menjadi sebahagian projek Aerotropolis untuk memacu transformasi ekonomi negeri. Projek terletak di tapak seluas 3,965 hektar itu merangkumi pembinaan lapangan terbang termasuk kemudahan menyokong industri, selain menempatkan kawasan perindustrian Sidam seperti logistik, serta hub pembuatan dan aeroangkasa.
Pada Jan, Sanusi berkata, beliau menjangkakan “tiada halangan” berhubung pembangunan lapangan terbang itu, selain menambah bahawa semua perkara berkaitan membabitkan projek berkenaan termasuk kewangan, pengambilan tanah dan syarat teknikal, sudah dilengkapkan atau sedang diuruskan sebaiknya.
FMT sudah menghubungi pihak ECK untuk ulasan lanjut.
Sumber:
WAJIB BACA:
Anwar main peranan besar cetus Langkah Sheraton (Pendedahan)
