Mukhriz: Kedah tangguh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Menurut Mukhriz, pelaksanaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini. Sumber (gambar): TTF

مخريز: قدح تڠڬوه ڤلقسانأن ڤرينته كاولن ڤرڬرقن برشرط

#TTFCovid19: Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan Kerajaan Persekutuan semalam.

Jelasnya, keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi dan mereka diminta terus kekal di rumah serta amalkan penjarakan sosial buat sementara waktu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.


ALOR SETAR: Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas Covid-19) pada Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan Kerajaan Persekutuan semalam.




Katanya, pelaksanaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

“Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai zon hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah.

“Oleh yang demikian, pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada 5 Mei ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi dan mereka diminta terus kekal di rumah serta amalkan penjarakan sosial buat sementara waktu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Muhyiddin berkata, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...