مخريز: ملنتيق ڤردان منتري يڠ ڬاڬل اونتوق كتواي مجليس ڤموليهن نڬارا اداله ساله
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Melantik seseorang yang gagal menguruskan pandemi Covid-19 secara berkesan untuk mengetuai Majlis Pemulihan Nasional (MPN) adalah salah.
Demikian menurut Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal memimpin negara keluar dari wabak Covid-19 dengan cara yang selamat dan sistematik.
Menurut Mukhriz, cadangan penubuhan MPN oleh PEJUANG berbeza dengan majlis yang dibentuk oleh kerajaan, kerana PEJUANG meminta MPN mengambil alih kuasa eksekutif daripada kerajaan untuk menangani penularan wabak Covid-19 dan bertanggung jawab langsung kepada Yang di-Pertuan Agong .
“Ketua Pejuang Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mengusulkan Majlis Pemulihan Nasional yang akan melibatkan pakar dan profesional, tanpa campur tangan politik.
“Tetapi oleh kerana Muhyiddin mengetuai MPN, ianya tidak lagi relevan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, pelantikannya sebagai ketua MPN tidak boleh diterima.
“Majlis Pemulihan Nasional hanya boleh berjaya jika tidak melibatkan pemimpin dari kerajaan yang gagal mengawal pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mukhriz, cadangan penubuhan MPN oleh PEJUANG berbeza dengan majlis yang dibentuk oleh kerajaan, kerana PEJUANG meminta MPN mengambil alih kuasa eksekutif daripada kerajaan untuk menangani penularan wabak Covid-19 dan bertanggung jawab langsung kepada Yang di-Pertuan Agong .
“Ketua Pejuang Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mengusulkan Majlis Pemulihan Nasional yang akan melibatkan pakar dan profesional, tanpa campur tangan politik.
“Tetapi oleh kerana Muhyiddin mengetuai MPN, ianya tidak lagi relevan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA JUGA: MUHYIDDIN CUBA KELIRUKAN AGONG
Katanya, Muhyiddin telah diberi peruntukan belanjawanterbesar dalam sejarah negara untuk memerangi Covid-19 dan juga telah menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat bagi memerangi wabak tersebut.
“Sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional melakukan apa yang disukainya, tanpa perlu menjawab kepada Parlimen dan Perlembagaan Persekutuan.”
Katanya, Muhyiddin masih gagal mengawal krisis kesihatan, menyebabkan banyak kesulitan kepada orang awam dan peningkatan dalam angka bunuh diri.
“Bagaimanakah rakyat dapat meletakkan harapan mereka kepada MPN jika ianya dipimpin oleh seorang yang gagal mengekang penyebaran Covid-19?”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Muhyiddin leading NRC is the story of a failed man playing filthy politics to confuse the Agong