Mukhriz: PAS ada tandatangan perjanjian kerjasama dengan PPBM sebelum Pilihan Raya Umum ke-14

Menurut Mukhriz, PAS menarik diri selepas perjanjian terbabit ditandatangani, dipercayai pada 2017. Sumber (gambar): Astro Awani

مخريز: ڤاس اد تنداتاڠن ڤرجنجين دڠن ڤڤبم سبلوم ڤيليهن راي عموم ك-14

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa PAS pernah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, menurutnya, PAS menarik diri selepas perjanjian terbabit ditandatangani, dipercayai pada 2017.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rundingan yang berlangsung antara PAS dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau ada kaitan dengan ura-ura penggabungan Pakatan Nasional bersama partinya untuk membentuk kerajaan baharu tanpa DAP, PKR dan AMANAH.

Semalam, PAS menyelar setiausaha-agung PKR Saifuddin Nasution yang mendakwa parti Islam berkenaan membuat U-turn sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Barisan Nasional.


PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa PAS pernah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, menurutnya, PAS menarik diri selepas perjanjian terbabit ditandatangani, dipercayai pada 2017.




Namun ianya tiada kaitan langsung dengan gabungan Pakatan Nasional yang diwar-warkan sekarang kerana ketika itu BERSATU belum menjadi ahli Pakatan Harapan (PH).

“Masa itu, kita lihat tiga tambah satu, satu itu kami lah (PPBM), jadi waktu itulah kita mulakan rundingan pra PRU-14. Tujuannya tentulah untuk capai satu kata sepakat untuk hadapi pilihan raya ketika itu.

“Malah kita sudah sampai tahap di mana telah tandatangani perjanjian antara BERSATU dan PAS, tapi akhirnya PAS tarik diri selepas menandatangani perjanjian terbabit.

“Bila sudah jadi begitu, maka kita terpaksa untuk terus (dan tetap) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (DAP, PKR, Amanah) dan kesudahannya, kita semua tahu,” Mukhriz dilaporkan berkata.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rundingan yang berlangsung antara PAS dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau ada kaitan dengan ura-ura penggabungan Pakatan Nasional bersama partinya untuk membentuk kerajaan baharu tanpa DAP, PKR dan AMANAH.

Semalam, PAS menyelar setiausaha-agung PKR Saifuddin Nasution yang mendakwa parti Islam berkenaan membuat U-turn sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Barisan Nasional.

Menurut Datuk Takiyuddin Hassan, Pakatan Harapan tidak mungkin berjaya memenangi PRU jika bukan kerana PAS.

Loading...

“PAS bertanding lebih 150 kerusi menyebabkan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS.

“Dengan cara Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya, suatu kejayaan yang tidak mungkin ditempuhi sekiranya PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, gesaan berhubung tiga jawatan tertinggi BERSATU tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu Jun ini, berkemungkinan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan datang.

“Saya tahu ada beberapa negeri yang cadangkan begitu, namun kurang manis untuk saya komen kerana saya seorang daripada tuan punya badan (pemegang jawatan).

“Jadi, saya rasa terpulang. Isu ini kita terbuka dan kalau itu ketetapan keahlian parti, jadi kita terima sajalah. Bagaimanapun, kita tetap amalkan demokrasi dalam parti dan kalau ada pertandingan pun, bertandinglah, …tak apa,” katanya.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...