Mukhriz, PEJUANG dah sesat, khianati prinsip perjuangan Tun Mahathir

“Saya tidak sekali-kali akan menyokong perjuangan Mukhriz dan kesal dengan pengkhianatan PEJUANG terhadap prinsip perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad”

Raggie Jessy Rithaudeen

مخريز، ڤجوڠ خيانتي ڤرينسيڤ ڤرجواڠن تون محضير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah menyimpang daripada asas perjuangan Agama dan Bangsa, berdasarkan maklumat yang saya perolehi berhubung hala tuju Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Saya tidak pernah menjadi ahli PEJUANG dan tidak berhasrat untuk mengulas masalah dalaman yang mencetuskan perpecahan dalam parti.




Namun, tidak kira apa masalahnya, kerelaan Mukhriz untuk mempertimbangkan kerjasama dengan Pakatan Harapan adalah pengkhianatan terhadap prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad, ayahanda Mukhriz sendiri.

Janganlah diguna alasan “orang ini tidak betul, orang itu tidak betul” untuk halalkan perpecahan parti, sedangkan Mukhriz ingin membawa serpihan parti menuju ke gaung.

Satu Malaysia tahu bagaimana Perdana Menteri merangkap pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghalalkan nepotisme dan kronisme dalam kerajaan pimpinannnya dan mengkhianati asas perjuangan PH.

Ini jelas apabila Anwar memberi lampu hijau kepada semua menteri untuk melantik ahli keluarga dalam jawatan kerajaan setelah anaknya sendiri dinaikkan sebagai penasihat Perdana Menteri.

TONTON: KERAJAAN MUNGKIN TUMBANG LEPAS 6 PRN

Anwar berjanji untuk memerangi rasuah, namun beliau sendiri menaikkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, meskipun Zahid berdepan 47 pertuduhan jenayah.

Kerajaan pimpinan Anwar juga dilihat berat sebelah dalam hal-hal berkait Agama dan Bangsa.

Ini jelas apabila pemimpin yang mengeluarkan kata-kata bersempadankan Islamophobia dan berkait sensitiviti orang Melayu tidak diambil tindakan, sedangkan seorang pemain hoki Melayu dihukum atas dakwaan menghina kaum India.

Loading...

Manakala itu, kerajaan berdiam diri apabila seorang berbangsa Cina memperlekeh cara sembahyang orang Islam di negara ini.

Mukhriz nampaknya tergesa-gesa untuk membawa PEJUANG merapati gabungan yang difikirkannya berpotensi memenangkan calon PEJUANG dalam enam Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

Namun, bukan hanya masyarakat Melayu-Islam meluat dengan PH, sebilangan penyokong PH dari kalangan bukan Melayu-Islam tidak tahan apabila Anwar dan DAP sanggup berpelukkan dengan Kleptokrat dan mengamalkan nepotisme secara terbuka.

Rakyat meluat dengan kegagalan Anwar menepati janji-janji manifesto dan sikap Anwar mencari salah orang lain tanpa bukti kukuh bagi menutup kepincangan kerajaan pimpinannya sendiri.

Mukhriz seharusnya menumpu kepada usaha menyatu-padukan masyarakat Melayu-Islam daripada berdamping dengan PH yang dilihat tidak selesa dengan penyatuan sebegini.

Hakikatnya, masyarakat Melayu-Islam paling bersatu pada ketika ini, dan lebih 90 peratus dianggarkan meluat dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Maka inilah satu-satunya peluang untuk memperkasakan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara menerusi penyatuan parti-parti bukan kerajaan yang tidak terpalit jenayah dan bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam.

Sekiranya Mukhriz meneruskan hasrat untuk merapati PH, PEJUANG akan dicap sebagai pengkhianat Agama dan Bangsa buat selama-lamanya, dan amat sukar bagi mana-mana orang Melayu menerima kepimpinan seorang anak yang sanggup mengkhianati prinsip perjuangan ayahnya sendiri.

Saya tidak sekali-kali akan menyokong perjuangan Mukhriz dan kesal dengan pengkhianatan PEJUANG terhadap prinsip perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...