
مخريز صح برتنديڠ جاوتن ڤريسيدن ڤڤبم
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sah bertanding menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan presiden parti pada pemilihan yang dijadualkan Jun depan.
Untuk makluman, perlembagaan PPBM menetapkan bahawa kuasa mutlak terletak di tangan Pengerusi parti, sekaligus bermakna jawatan pengerusi merupakan jawatan utama dalam parti, bukannya jawatan presiden.
Apa pun, kedudukan Mahathir sebagai pengerusi dan dan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden parti menimbulkan kekeliruan memandangkan kedua-dua mereka menentang penglibatan PPBM bersama UMNO dalam Perikatan Nasional.
Seandainya Mukhriz berjaya menumpaskan Muhyiddin dalam pemilihan parti, tidak mustahil PPBM mengumumkan keluar dari Perikatan Nasional sekiranya Mukhriz dan Mahathir sepakat dalam hal berkenaan.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sah bertanding menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan presiden parti pada pemilihan yang dijadualkan Jun depan.
Menurut laporan berita, Mukhriz dan Muhyiddin turut berdepan seorang lagi ahli parti, Mohd Faiz Azlee Sham.
Manakala itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon tunggal menghantar borang pencalonan sebagai Pengerusi.
Ini sekaligus bermakna Mahathir menang tanpa bertanding walaupun perkara ini masih belum diumumkan oleh Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya.
Muhyiddin pada ketika ini memegang jawatan presiden parti, manakala Mahathir masih menjawat jawatan Pengerusi.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Marzuki sebaik selepas Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau akan memangku jawatan Pengerusi parti selepas Mahathir meletakan jawatan.
Menurut Marzuki, Majlis Tertinggi Bersatu pada 25hb Febuari 2020 sebulat suara menolak peletakan jawatan Mahathir pada hari sebelumnya.
Penolakan itu diterima oleh Mahathir yang kemudiannya mengumumkan bahawa beliau masih menganggap dirinya sebagai Pengerusi PPBM.
Untuk makluman, perlembagaan PPBM menetapkan bahawa kuasa mutlak terletak di tangan Pengerusi parti, sekaligus bermakna jawatan pengerusi merupakan jawatan utama dalam parti, bukannya jawatan presiden.
Apa pun, kedudukan Mahathir sebagai pengerusi dan dan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden parti menimbulkan kekeliruan memandangkan kedua-dua mereka menentang penglibatan PPBM bersama UMNO dalam Perikatan Nasional.
Seandainya Mukhriz berjaya menumpaskan Muhyiddin dalam pemilihan parti, tidak mustahil PPBM mengumumkan keluar dari Perikatan Nasional sekiranya Mukhriz dan Mahathir sepakat dalam hal berkenaan.
THE THIRD FORCE
