Mulakan kempen K.O.K.S 2.0

Amran Ahmad Nor

Umum sudah memgetahui bahawa hari ini, dalam kerajaan PH ada 2 kem – satu kem sokong kekal PM semasa sampai PRU15 dan satu kem lagi sokong bakal PM baru.

Dalam hal ini, Developers Action Party (DAP) juga ada 2 kem sekarang – satu kem untuk sokong PM semasa yang ‘meramaikan’ partinya dengan UMNO lompat masuk manakala satu kem lagi tak mau UMNO, sama pendirian dengan kem bakal PM baru.




Dengar kata, kem sokong PM semasa dikepalai oleh LKS yang terpaksa buat kali kedua sokong PM semasa sebab nak selamatkan anaknya yang dah jadi menteri (takut hilang jawatan menteri kalau bersama bakal PM baru) dan takut kes rasuah banglo anaknya akan dibuka semula.

Ini membuktikan LKS bukan lagi pemimpin yang berintegriti kerana sanggup berkawan dengan musuh yang saban hari digelar kaki rasuah, pemyamun dan segala yang buruk semata-mata untuk kuasa, wang dan kepentingan peribadi.

LKS wajar digelar pemimpin haprak – berpolitik demi kepentingan peribadi dan mempergunakan kaum Cina untuk membantu anaknya mengejar kuasa dan harta dunia. Muktamad, itulah realiti manusia bernama LKS ini.

Satu lagi kem – yang sokong bakal PM baru – dengar kata dikepalai oleh anak mendiang KS yang takut akar umbi marah kalau kerjasama dengan UMNO dan khuatir 90 peratus pengundi Cina hilang kepercayaan pada DAP pada PRU akan datang.

Oleh itu, ahli akar umbi DAP perlu memulakan kempen KOKS 2.0 bagi menyingkirkan LKS yang akan menyebabkan DAP hilang maruah, prinsip dan hakiki perjuangannya jika sanggup menerima UMNO yang dahulunya dicaci, dimaki dan dikutuk setiap hari.

Kalau berani, DAP kena setia pada bakal PM baru kerana janji mereka PM semasa akan serah jawatan itu kepada bakal PM baru dalam masa 2 tahun, bukan DAP yang tiada maruah lagi setelah banyak janji hanya tinggal janji bila dah menang PRU14.

NOTA : Orang lama DAP tahu kisah kempen KOKS ini (masih teringat poster Robocop DAP), jadi YB hingusan DAP tak payah sembang dan pergi belajar sejarah parti dulu.

Loading...

Amran Ahmad Nor
Antara DAP Melayu paling lama
Presiden Consent Malaysia
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...