
Khairuddin Abu Hassan
Nasib baik Syed Iskandar Syed Jaafar fail saman isu KDYMM Agong tak isytihar darurat berlaku di zaman kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Andaikata perbuatan ini berlaku di zaman PH maka sudah pasti ramai daripada pemimpin-pemimpin umno yang korup akan cuba mempolitikkannya serta ‘menangguk di air yang keruh’.
Semua puak korup umno akan ‘spin’ menyatakan ini adalah kerja DAP. Parti DAP akan terus dicemuh seolah-olah cuba bertindak untuk menghapuskan sistem raja berperlembagaan di negara kita.
Tapi sekarang apa komen pemmpin-pemimpin umno apabila ‘budak mangkok hayun’ yang fail saman keatas keputusan KDYMM Agong adalah berbangsa melayu?
Tindakan Syed Iskandar Syed Jaafar ini agak keterlaluan dan kemungkinannya dia cuba nak tunjuk hero!
Apa pun alasan beliau tindakan ini tidak wajar serta bersifat kurang ajar. Tindakan kurang ajar ini juga bakal meninggalkan implikasi tidak baik kepada keseluruhan rakyat malaysia.
Keputusan serta ‘kata putus’ KDYMM Agong tidak harus dipertikaikan sebegini rupa. Dalam apa jua keadaan kita harus menjunjung titah perintah KDYMM Agong.
Sebagai rakyat Tuanku; kami akan terus memelihara tata tertib untuk buat teguran keatas KDYMM Agong.
Mencabar serta menegur titah perintah KDYMM Agong sebegini rupa tidak boleh diterima sama sekali.
Saya juga amat menyampah dengan kenyataan ‘sundal politik’ dan ‘kaki bodek’ seperti rais yatim yang menyarankan agar pihak kerajaan ‘tebuk atap’ PN boleh sekali lagi menyembah permohonan kepada KDYMM Agong kearah mendapat persetujuan baginda bagi mengisytiharkan darurat.
Rais yatim adalah seorang ‘opportunis politik’ serta ‘sundal politik’ yang gagal untuk memahami titah perintah KDYMM Agong dalam isu pengisytiharan darurat.
Sesungguhnya juga, Rais Yatim jangan ajar anak bangsa untuk mencontohi sifat buruk beliau selaku ‘sundal politik’ yang amat jijik.
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA, TITAH PERINTAH KDYMM AGONG HARUS SENANTIASA DIJUNJUNG SECARA TERBAIK MUNGKIN.
Para pengkhianat negara dan ‘sundal politik’ seperti Rais Yatim mesti ditentang secara habis-habisan. Ini adalah kalangan bankrap politik yang wajib ditolak secara total.
Apapun janganlah sama sekali tunjuk teladan dan lakukan ini terhadap KDYMM Agong kerana perbuatan ini bakal mendorongkan lebih ramai lagi berbuat demikian tanpa mempunyai perasaan hormat lagi terhadap institusi di raja!
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
