Musa Hassan lapor polis kes fitnah

Musa berkata, orang ramai diseru agar tidak ghairah untuk menularkan dakwaan beliau terlibat dengan skim cepat kaya. Sumber (gambar): Fail TTF

موسى حسن لاڤور ڤوليس كيس فتنه

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam terhadap seorang lelaki yang didakwa memfitnahnya berkaitan skim cepat kaya menerusi satu rakaman video.

“Dalam rakaman video itu, lelaki itu dengan niat jahat memfitnah dan menjatuhkan maruah saya sebagai bekas Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Datuk Mohammad Hamdan Wahid).

Jelasnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak undang-undang bagi mengenakan apa jua tindakan perundangan yang sesuai ke atas mana-mana individu yang terus menyebarkan bahan fitnah tersebut dan membuat tanggapan kepada orang ramai seolah-olah seperti mana yang didakwa dalam rakaman video tersebut.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi empat minit tujuh saat mendakwa Musa dan Mohammad Hamdan terlibat dalam skim cepat kaya dengan memperdaya beberapa mangsa.


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam terhadap seorang lelaki yang didakwa memfitnahnya berkaitan skim cepat kaya menerusi satu rakaman video.

Menurutnya, dakwaan itu dibuat lelaki terbabit di Pulau Pinang baru-baru ini.




“Dalam rakaman video itu, lelaki itu dengan niat jahat memfitnah dan menjatuhkan maruah saya sebagai bekas Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Datuk Mohammad Hamdan Wahid).

“Saya telah mengambil tindakan perundangan yang perlu dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis di IPD Petaling Jaya pada 26 Oktober (Isnin).

“Saya juga telah sertakan beberapa bahan bukti yang membuktikan tuduhan jahat ke atas diri saya adalah tidak benar dan berniat jahat untuk tindakan lanjut pihak polis,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Musa berkata, orang ramai diseru agar tidak ghairah untuk menularkan dakwaan terbabit.

Jelasnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak undang-undang bagi mengenakan apa jua tindakan perundangan yang sesuai ke atas mana-mana individu yang terus menyebarkan bahan fitnah tersebut dan membuat tanggapan kepada orang ramai seolah-olah seperti mana yang didakwa dalam rakaman video tersebut.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi empat minit tujuh saat mendakwa Musa dan Mohammad Hamdan terlibat dalam skim cepat kaya dengan memperdaya beberapa mangsa.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...