Musa Hassan: Perintah berkurung harus diisytiharkan Ketua Polis Negeri

Petang ini, Majlis Keselamatan negara (MKN) Selangor bermesyuarat dan bagi Tan Sri Musa Hassan, untuk mengelakkan insiden yang sudah berlarutan dua malam itu menjadi tidak terkawal, perintah berkurung harus diisytiharkan Ketua Polis Negeri.


KUALA LUMPUR: Insiden melibatkan isu pengambilalihan hartanah dan pemindahan sebuah kuil di Subang Jaya sudah berlarutan selama dua malam.

Merusuh, bakar kenderaan, merosakkan bangunan dan setakat ini telah melibatkan kecederaan serius seorang penjawat awam yang dipukul oleh kumpulan perusuh.




Asalnya, ia pergaduhan sekumpulan lelaki yang dikaitkan sebagai wakil pemaju dengan penduduk dan bukannya akibat jenayah perkauman atau agama.

Namun apa yang meresahkan, mesej menerusi aplikasi WhatsApp bertebaran dari semasa ke semasa walaupun siapa yang memukul anggota bomba itu pun belum diketahui.

Justeru keadaan ini menimbulkan pertanyaan dalam perbualan kumpulan WhatsApp apakah tindakan selanjutnya pihak berkuasa sebelum marak menjadi isu lain sehingga sukar dikawal akibat mereka yang tidak bertanggungjawab.

Petang ini, Majlis Keselamatan negara (MKN) Selangor bermesyuarat dan bagi Tan Sri Musa Hassan, untuk mengelakkan insiden yang sudah berlarutan dua malam itu menjadi tidak terkawal, perintah berkurung harus diisytiharkan Ketua Polis Negeri.

Tujuannya kata bekas Ketua Polis Negara itu, ini bagi memastikan ketenteraman awam kembali wujud di kawasan tersebut kerana langkah berkenaan berkesan dalam menangani kejadian berkenaan.

“Ya, polis kena tegas dan tindakan tidak kira pihak mana. Polis presence atau keberadaan anggota polis harus wujud di kawasan berkenaan. Boleh letak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atau apa-apa unit.

“Ketua Polis Negeri boleh isytihar perintah berkurung supaya ketenteraman tidak tergugat dan kemudian maklumkan kepada kerajaan negeri,” tegasnya kepada Utusan Malaysia.

Loading...

Sumber: Utusan Online



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...