Musa masih berkeras, fail rayuan cabar pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah

 

Semakan kehakiman itu difailkan oleh Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN lain pada 4 Ogos bagi mencabar keputusan TYT dalam pembubaran DUN Sabah. Sumber (gambar): Fail TTF

موسى ماسيه بركراس، فايل رايوان چابر ڤمبوبرن ديوان اوندڠن نڬري سابه

Selepas gagal dalam semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini memfailkan rayuan.

Peguam mereka, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, pihaknya sudah memfailkan notis rayuan sebaik sahaja keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim.

Fuad berkata, pihaknya tidak setuju dengan penggunaan perkataan memohon pembubaran DUN yang digunakan mahkamah kerana perkataan sepatutnya dalam surat pengisytiharan itu adalah menasihat.

Katanya, jika di Semenanjung penggunaan memohon itu boleh digunakan kerana mereka mempunyai Sultan, namun di Sabah hanya ada gabenor.


KOTA KINABALU: Selepas gagal dalam semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini memfailkan rayuan.




Peguam mereka, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, pihaknya sudah memfailkan notis rayuan sebaik sahaja keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim.

Tengku Fuad berkata, mereka bersedia untuk membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan dan tidak akan berputus asa.

Katanya, mahkamah telah menolak permohonan semakan kehakiman atas alasan keputusan Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN Sabah itu tidak boleh diadili.

“Mahkamah mendapati 33 ADUN itu mempunyai ‘locus standi’ untuk membawa semakan kehakiman ini di mahkamah.

“Kedua, dalam keputusan hakim mendapati Mohd Shafie telah kehilangan majoriti dan dia hanya mempunyai dua pilihan sama ada untuk meletak jawatan atau membubarkan DUN,” katanya kepada media selepas pendengaran keputusan semakan kehakiman berkaitan pembubaran DUN Sabah, di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Fuad berkata, pihaknya tidak setuju dengan penggunaan perkataan memohon pembubaran DUN yang digunakan mahkamah kerana perkataan sepatutnya dalam surat pengisytiharan itu adalah menasihat.

Katanya, jika di Semenanjung penggunaan memohon itu boleh digunakan kerana mereka mempunyai Sultan, namun di Sabah hanya ada gabenor.

Loading...

Semakan kehakiman itu difailkan oleh Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN lain pada 4 Ogos bagi mencabar keputusan TYT dalam pembubaran DUN Sabah.

Semakan kehakiman itu menamakan Tun Juhar sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...